Pertandingan Bintang RTM 2016 yang berlangsung pada 19 Mac lalu bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur menyaksikan giliran peserta muda dari Pahang pula gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Memilih menyampaikan lagu Pasti nyanyian asal Ning Baizura, pemilik nama penuh Mohd Farhan Mohd Musatafa, 19, ini terpaksa akur dengan keputusan muktamat juri terdiri daripada komposer Ajai, Edrie Hashim dan juri undangan DJ Fuzz.
Giliran Farhan Pula Tersingkir Bintang RTM 2016 Pada 19 Mac Lalu
Tujuh peserta yang masih bertanding adalah Idris Zulkifli (Idris), Muhammad Hafiz Ismail (Hafiz), Muhammad Adib Ibrahim (Adib), Norfazrina Mohd Gani (Eryn), Nur Shafreeza Zainal Abidin (Eeza), Syakirah Edora Janali (Edora), dan Rosario Ninih Chamini Bianis (Rosario).
Bertemakan “Lagu Idol”, tujuh peserta yang tinggal pada 26 Mac 2016, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2 bakal bertarung menempah tiket ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 April depan.
Menerusi tema ini, peserta berpeluang berduet bersama selebriti kelahiran RTM yang menjadi idola mereka dalam bidang nyanyian.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Bintang RTM 2016 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 26 Mac ini (Sabtu), pukul 9.00 malam dan masuk adalah percuma.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.