Sambutan 25 Tahun Sheila Majid di Pavilion Kuala Lumpur

Petang Rabu yang indah, hujan membasahi bumi tanggal 31 Mac 2010, seawal jam 5.30 petang di KL, kelihatan sudah ramai peminat Ratu Jazz, Dato Sheila Majid duduk ditangga concourse Pavilion. Walaupun diadakan pada waktu pejabat, namun peminat masih sesak dan berduyun jugak.

Ya, bahang sambutan ulang tahun pembabitannya selama 25 tahun dalam industri muzik tempatan menjadikan suasana di Pavilion, Kuala Lumpur penuh sesak dan meriah.

Ya, 25 tahun! Dan Dato’ Sheila Majid masih di sini menghiburkan peminatnya. Bak kata beliau, “I owe it all to my fans!”

Sambutan 25 Tahun Sheila Majid akan berlangsung sepanjang tahun 2010 dengan beberapa siri acara gig dan show di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Australia. Pastinya tahun ini adalah tahun paling sibuk.

Dihoskan oleh dua orang penyampai radio popular.

Sebenarnya, acara Sambutan ini bermula di Jakarta dengan sambutan menjelang tahun baru 2010 yang lalu di The Reign of Roses yang disiarkan secara langsung di TV Indonesia.

5 Mac 2010 – Sheila kembali ke Jakarta apabila diundang ke 6th Annual Jakarta International Java Jazz Festival yang mana beliau diletakkan sebaris dengan artis antarabangsa seperti John Legend, Toni Braxton, Babyface, Manhattan Transfer, Bob James dan ramai lagi.

26 Mac 2010 – Sheila dianugerahkan Brand Laureate Award untuk kategori Country Branding atas sumbangan beliau yang telah mempromosikan irama muzik Malaysia ke Indonesia, Singapura, Brunei hinggalah ke Jepun. Sheila menerimanya daripada Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tahniah dari kami, Dato’ Sheila!

Sambutan ini juga selari dengan majlis pelancaran premiere single terbaru berjudul Dengarkanlah, serta set box dan semuanya dibawa secara live kepada peminat. Ramai die hard fan Sheila Majid tak mahu melepaskan peluang ini. Selain sanggup membeli set box yang mengandungi 7 buah album studio terdahulu bersama CD bonus yang memuatkan single terbaru, Dengarkanlah, peminat juga menyertai kuiz yang dihoskan oleh penyampai Hitz FM. Turut dijual ialah baju T eksklusif bersama recycled bag Sheila Majid 25 Years menarik diberikan kepada peminat.

Set box ini mengandungi tujuh album studionya iaitu Dimensi Baru (1985), Emosi (1986), Warna (1988), Lagenda (1990), Ratu (1996), Ku Mohon (1999), Cinta Kita (2004) bersama single Dengarkanlah (2008).

“Set Kotak CD ini merupakan hadiah paling sesuai untuk peminat saya. Ia merupakan pencapaian imbauan perjalanan kerjaya saya selama dua setengah dekad. Akan tetapi, kisah cinta kita tidak akan berakhir di sini saja,

“Hari ini menandakan detik awal sebuah permulaan yang baru. Sebab itulah, Dengarkanlah didedikasikan kepada anda, peminat-peminat saya. Saat saya menulis lirik ini, saya terfikir tentang bulan dan bintang.

“Bulan dan bintang sangat dekat di antara satu sama lain. Sepertimana saya dan peminat saya. Ia juga boleh dijadikan perlambangan cinta yang cukup universal,” katanya.

Video muzik Dengarkanlah juga dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya. Lagu Dengarkanlah adalah hasil nukilan Sheila Majid dan diproduce oleh suaminya, Acis.


Persembahan Lagu Lagenda. Mendayu-dayu!


Lagu Warna – persembahan pembukaan. Terpaku!


Show Single Terbaru – Dengarkanlah

Sheila Majid tiba dalam jam 6 petang dan terus memulakan dengan lagu pembukaan Warna diikuti dengan Dengarkanlah, Sheila terus membawa kelompok mengimbau beberapa lagu hitsnya seperti Antara Anyer Dan Jakarta, Aku Cinta Padamu dan Lagenda.

Masih tak puas dengan persembahan showcase ini, Sheila Majid telah mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan konsert meganya pada penghujung tahun ini.

“Sempena sambutan ulang tahun ini, saya bercadang untuk mengadakan banyak show dan gigs. Begitu juga dengan konsert finale yang terbesar pada penghujung tahun nanti. Semuanya masih dalam perancangan. Saya harap semua tidak akan muak dengan melihat saya pada tahun ini. Tentang konsert finale itu nanti, saya sudah pun memilihnya tarikhnya iaitru 27 November 2010 iaitu bersamaan dengan tarikah konsert pertama Lagenda di Stadium Negara.

“Kalau boleh saya juga mahu buat konsert finale itu nanti di tempat yang sama. Tapi, saya tidak pasti sama ada ia dapat dilakukan atau tidak. Sebab itulah saya mahu buat banyak show dan gigs. Sekurang-kurangnya, kalau konsert finale itu tidak dapat diadakan nanti, saya masih berpeluang untuk berjumpa dengan peminat saya.

“Apa yang pasti saya sudah pun mendapat tarikh pengesahan untuk konsert di Jakarta iaitu pada 23 September nanti, manakala konsert di Singapura akan ditetapkan masa terdekat ini,”katanya.

Seakan menyedari hakikat ini, Sheila dengan sporting meneruskan persembahannya dengan rangkaian lagu-lagu hits P Ramlee yang sekian lama disampaikan dengan versinya sendiri dengan diiringi beberapa pemuzik profesional seperti Aji (gitaris), Lan Razak (bassist), Sotong (drummer), Fiat (keyboardist) dan Acis (pengarah muzik).

Daripada lagu Tiru Macam Saya yang akhirnya membuatkan ramai peminatnya bangun serta berdansa, Sheila kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Bunyi Gitar dan Bila Larut Malam serta Manusia sebagai Encore.

Sheila Majid sendiri tidak menyangka sampai begitu sekali sambutan yang diterima daripada peminatnya pada petang itu.

“Saya rasa seronok bila melihat ramai peminat yang datang di showcase saya ini. Saya diberitahu ada yang sanggup ponteng kerja semata-mata untuk berada di sini. Saya harap bos-bos anda tidak akan marah dengan saya,” katanya yang memang sentiasa kelihatan cukup classy apabila berbicara atau berkomunikasi dengan penonton.

Sheila baru pulang mengadakan persembahan Festival Java Jazz pada 5 Mac 2010 yang lalu yang turut dijayakan Ruth Sahayana serta beberapa personaliti antarabangsa terkemuka seperti John Legend, Toni Braxton dan Babyface.

Isteri kepada pengarah muzik dan komposer Acis ini juga bakal menjayakan Ratu- A Charity Gala Tribute To Malaysian Women of Substance dengan kerjasama Yayasan IJN anjuran Costry sempena sambutan ulang tahun ke-5 mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada gala amal ini, Sheila akan memahatkan entri pertamanya dalam Guinness Book of World Records apabila mengenakan baju kebaya yang disaluti ratusan karat berlian yang bernilai jutaan ringgit – ia dikatakan yang termahal di dunia.

Info tentang sambutan 25 tahun ini boleh didapati secara online melalui laman sosial Twitter (SheilaMajid atau TeamSheilaMajid), Facebook Sheila Majid dan Youtube Sheila Majid.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesatria Poyos Game Facebook Semakin Popular

Majlis Penyerahan Perodua Alza Kepada Skuad ERA & My FM