in ,

Sherry Al-Hadad Ingin Kurus Kerana Cinta?

Benarkah cinta hanya akan hadir dengan adanya rupa semata-mata? Bagaimana pula dengan rakan-rakan kita yang rupa itu bukanlah sesuatu yang mereka boleh banggakan? Tidak layakkah mereka untuk mendapat cinta? Sherry Al Hadad pula pernah mengatakan, “Tiada siapa yang nak dekat aku sebab aku ni gemuk!”

Begitulah luahan hati Sherry Al Hadad, tetapi bukan pada rakan medianya. Ianya merupakan sebaris skrip lakonannya dalam drama Dahlia, Cinta 100kg yang mengetengahkan tema percintaan dan persahabatan.

cinta100kg9

Drama 20 episod ini adalah terbitan Playground Production Sdn Bhd dibawah pengarahan saudara Megat Sharizal membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sherry Al Hadad, Fezrul Khan, Sharifah Amani, Ungku Hariz, Ruzana Ibrahim, Zain Saidin dan ramai lagi.

Bertemakan cinta, drama bersiri Cinta 100kg ini mengisahkan dua sahabat yang bergelut dalam misi pencarian cinta sejati mereka. Wati (Sharifah Amani) dan Dian (Sherry Al Hadad) merupakan dua wanita yang kurang dari segi paras rupa mereka. Wati yang berperwatakan seperti tomboi merasakan dirinya kurang menarik dari pandangan lelaki. Manakala sahabatnya Dian pula, mempunyai masalah berat badan yang serius. Ini membuat Dian sentiasa berasa tidak yakin dengan dirinya berbanding dengan perempuan-perempuan yang jauh lebih cantik darinya.

Setelah Wati berpisah dengan teman lelakinya, Faliq, Wati mula bersenam di gym sebagai hobinya. Di gym itu, Wati berkenalan dengan pemilik gym yang kacak bernama Shahril (Zain Saidin). Bermula hari itu, Wati semakin obses dengan Shahril. Hampir setiap hari, Wati menceritakan tentang Shahril kepada Dian sehingga menyebabkan Dian muak dengan obsesi Wati kepada Shahril.

Namun, pada waktu yang sama, Dian sedang berhadapan dengan krisis bersama teman lelakinya, Khairul (Fezrul Khan) yang berkerja sebagai juruterbang. Hal ini kerana, Dian sentiasa cemburu dengan rakan-rakan peramugari Khairul yang jauh lebih cantik darinya.
Krisis Dian memuncak apabila Rozie, seorang peramugari didapati sedang mengenali Khairul. Tambahan lagi, Khairul seperti semakin tertarik dengan Rozie kerana Rozie pandai memasak.

Print

Ini membuatkan Dian berasa tercabar dan lebih cemburu. Demi membantu Dian, rakan karib Dian dan Wati, Tina (Safia Hanifah) mencadangkan agar Dian menipu Khairul bahawa dia juga pandai memasak dengan mengaku kuih yang dibuat oleh Tina adalah hasil tangannya.

Walaupun Dian tidak menyukai Rozie pada mulanya, tetapi lambat-laun dia merasakan bahawa sebenarnya Rozie adalah seorang wanita yang baik dan mereka berdua pun menjadi rapat. Persahabatan baru antara Dian dan Rozie itu telah membuat Wati berasa cemburu dan dia juga mempersoalkan motif sebenar Dian berkawan dengan Rozie. Namun, apa yang tidak disedari Dian adalah, Rozie sebenarnya mempunyai niat untuk mengkhianat Dian.

Adakah persahabatan antara Dian dan Wati tercabar? Bagaimanakah Wati menyelamatkan Dian dari khianat Rozie? Adakah cinta buat Wati dan Dian? Ikuti kisah liku-liku kehidupan Wati dan Dian yang penuh dalam drama “Cinta 100kg” setiap hari Jumaat hingga Ahad, pada jam 6.58 petang dalam slot Dahlia di TV3.

cinta100kg8

cinta100kg7

cinta100kg6

cinta100kg5

cinta100kg4

cinta100kg3

cinta100kg2

cinta100

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ainan Tasneem Minta Maaf Selepas Kritik Pramugara di Instagram

Nev & Max Are Back With The New Season Of CATFISH: THE TV SHOW!