Terima kasih Petronas Dagangan Berhad yang tidak jemu-jemu mengajak Budiey. Masuk ni, dah dua kali Budiey mengikut trip yang menguji kecekapan minyak petrol dari PETRONAS.
Jika tahun lepas, Budiey mengikuti trip ke Ipoh bersama PETRONAS untuk menguji kecekapan minyak petrol PETRONAS PRIMAX 95 with Advanced Energy Formula, kali ini kami melalui perjalanan yang agak mencabar di mana kami akan ke Tanjung Jara, Dungun, Terengganu iaitu sejauh 450km sehala untuk mencuba dan menguji ketangkasan minyak PETRONAS Dynamic Diesel. Bezanya, banyak la sebab trip konvoi ini agak panjang dan tamat pada esoknya di mana kami bermalam dulu di Tanjung Jara sebelum berpatah balik pulang ke Kuala Lumpur.
Jam 7.30 pagi lagi Budiey bersiap-siap untuk ke Plaza Ativo di mana menjadi lokasi kami semua berhimpun untuk memulakan perjalanan. Nasib baiklah isteri Budiey yang hantar ke sana sebab Budiey sebenarnya malas nak ambil cab.
Tidak sampai 30 minit, Budiey pun sampailah di Plaza Ativo yang terletak di Bandar Sri Damansara. Suasana agak sunyi. Maklumlah masih awal pagi. Yang kelihatan hanyalah deretan kereta-kereta Nissan Navara tersadai di tepi jalan.
Jam 8 pagi, Budiey nampak sudah ada media dan peserta dah sampai di Restoran Rondaevoo. Budiey antara blogger pertama yang sampai awal. Khabarnya, seramai 49 orang peserta mengikuti trip ini. Antaranya media dan bloggers, pembaca Paultan.org, Car Club owners dan pihak Petronas PDB.
Pendaftaran media dan peserta sangat lancar dan tersusun di mana Budiey diberikan sehelai baju T yang harus dipakai sepanjang trip hari ini. Selepas tukar baju T, Budiey pun lepak-lepak dulu sementara menantikan sesi penerangan bermula.
Oh, perut terasa lapar. Maklum semalaman tidak makan malam. Diet katanya. Jadi, Budiey pun makan pagi dengan hidangan lazat lagi menyelarakan di Rondaevoo.
Fuh! ada nasi dagang kegemaran Budiey. Sedap! Apa-apa kena isi perut dulu kasi bertenaga untuk memerlukan perjalanan. Seperti juga kereta yang perlukan minyak petrol untuk hidup, kita manusia ni pun perlukan makanan berzat juga untuk memberikan tenaga, ye dok?
Lebih kurang jam 8.30 pagi, acara bermula dengan kata-kata aluan dari pengurus trip ini di mana penerangan diberikan secara lebih terperinci. Ini semua adalah untuk memberikan kami info yang tepat tentang perjalanan.
Yang penting, kami wajib mendengar ucapan alu-aluan dari Encik Shaharuddin Muhammad Sidek Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad.
Menurut beliau, ini adalah kali pertama trip ini diadakan untuk media menimba pengalaman merasai dan mencuba kehebatan minyak PETRONAS Dynamic Diesel di jalan raya dan juga di jalan yang mencabar.
Budiey suka memetik ucapan dari Encik Shaharuddin di mana beliau begitu yakin PETRONAS Dynamic Diesel dapat memenuhi kepuasan hati pengguna kerana ianya dicipta dengan formula oleh pakar dari PETRONAS Fluid Technology Solutions. Minyak diesel ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh PETRONAS IVECO semasa Dakar Rally yang mana menjadi salah satu perlumbaan paling lasak di dunia. Hasil daripada ini, pasukan IVECO muncul sebagai juara dalam Dakar Rally pada tahun 2016.
Seterusnya, kami mendengar pula sedikit kata-kata ucapan dari pakar Teknologi Minyak PETRONAS iaitu Mohd Hafiz Abdul Aziz. Budiey sangat tertarik dengan isi ucapan beliau yang ringkas tapi padat dengan info tentang bagaimana PETRONAS berusaha lebih gigih untuk mencari formula berkesan dalam memastikan kecekapan dan kelancaran pemanduan pengguna.
Sebelum kami bertolak, kami diberi penerangan tentang perjalanan trip ini. Beberapa perkara yang perlu dititik beratkan demi keselamatan kami. Yelah, ada pantang larang juga, bukan main semberono je sebab risau juga kalau tersilap kan? Apa yang penting, kami dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan menjadi pemandu yang berhemah.
Kemudian, kami keluar restoran untuk bergambar beramai-ramai.
Jam 9 pagi, kami pun menuju ke kereta pick up truck masing-masing. Budiey bertuah sebab dapat partner yang merupakan seorang wartawan dari NSTP di mana beliau menulis tentang kereta. Jadi, Budiey tak payah nak risau tentang pengendalian kereta sebab partner Budiey memang pakar orangnya. Dalam hati, Budiey rasa sangat teruja nak memulakan perjalanan. Maklumlah mata masih lagi segar ni. Budiey mahu memandu dulu dari KL ke Maran.
Oh ya, untuk pengetahuan pembaca, Dynamic Xperience adalah satu program kesedaran kepada pengguna tentang penggunaan diesel keluaran PETRONAS di mana mereka perlu mencuba sendiri keberkesanan (Experience to Believe) terutama kepada pemilik kereta pick up truck series 4X4 diesel.
Dari Plaza Ativo, kami memulakan perjalanan menuju ke Lebuhraya Karak. Kami diarahkan untuk memandu berderet dalam kumpulan. Kami berhenti di stesen PETRONAS Bentong untuk mengisi minyak PETRONAS Dynamic Diesel. Sementara menantikan semua kereta bersedia selepas isi minyak, Budiey makan snek dulu apa yang disediakan dalam kereta. Katanya, snek dan minuman ni semua ditaja oleh Nestle Products Sdn Bhd dan Mamee Double Decker (M) Berhad.
Lepas pekena kopi barulah mata ni segar balik.
Tapi tak cukup lagi, Budiey shopping la beberapa barang keperluan di Kedai Mesra PETRONAS… haa jangan lupa gunakan Kad Mesra sebab dapat kumpul mata. Lagi satu, Budiey lihat setiap stesen sekarang ni dah lengkap. Katanya ada lebih kurang 1,400 mesin ATM dah. Kira baguslah untuk keselesaan pengguna.
Apa yang Budiey perhatikan, PETRONAS begitu menjaga kepuasan pengguna. Memang menjadi keutamaan dan matlamat mereka bagi meningkatkan mutu prestasi dengan mencipta produk terbaru dan juga perkhidmatan yang lebih sistematik.
Dari segi fitrah, kita sebagai manusia takkan puas untuk mencipta sesuatu yang lebih baik untuk kesenangan semua penghuni dunia. Ya, teknologi akan sentiasa berkembang. Ia takkan statik. Oleh kerana itu, PETRONAS pasti mencari jalan terbaik untuk menjadikan pengguna lebih setia dan lebih berpuas hati dengan mutu dan kualiti produk.
Selepas semua bersedia, kami memulakan perjalanan terus ke Air Terjun Jerangkang yang terletak di Maran. Budiey difahamkan kenderaan pick up truck Nissan Navara yang dikuasakan oleh PETRONAS Dynamic Diesel pada hari ini ditaja oleh Tan Chong Motor Holdings Berhad.
Kami melalui jalan yang cukup mencabar untuk sampai di Air Terjun Jerangkang. Di sinilah kami dapat menguji kecekapan dan juga mutu yang dipertingkatkan oleh minyak PETRONAS Dynamic Diesel. Dahla jalan bengkang bengkok, tapi kami melalui jalan yang tidak rata-rata dan berbukit-bukit.
Ya, ternyata dan terbukti jelas, perjalanan konvoi kami sangat lancar. Enjin tidaklah terasa berat dan pendek kata perjalanan kami sangat lancar tanpa gangguan.
Jam 1.30 tengahari, kami sampai di Air Terjun Jerangkang untuk berehat sambil makan tengahari. Suasana kat sini sangat mendamaikan. Cukup tenang dapat dengar kicauan burung dan juga air terjun yang menderu sayup sayup.
Makanan yang disediakan juga sedap-sedap dan menyihatkan.
Sambil makan kami bercerita tentang perjalanan konvoi kami tadi. Masing-masing ada cerita yang nak dikongsikan. Ada antara kami yang kegum dengan kelajuan pick up truck yang kami naiki. Memang ohsem sangat konvoi kali ini.
Sementara menantikan untuk mulakan perjalanan ke Tanjung Jara, kami bersiar-siar dulu melihat keliling kawasan di sini. Ada jeram yang mengalir di dalamnya air yang sangat jernih. Sejuk!
Budiey sempat bergambar dan berselfie dengan rakan-rakan blogger yang turut mengikuti trip ini. Dah lama tak lepak dan hangout sesama.
Masa nilah nak bercerita tentang perkembangan diri masing-masing. Tak lupa kami berbincang dengan kehebatan minyak PETRONAS Dynamic Diesel.
Tiba masa nak mulakan perjalanan. Perut masing-masing dah penuh diisi dengan hidangan juadah makan tengahari yang disediakan. Ada sandwich, ada spagetti dan macam-macam. Sebelum menuju ke kereta, kami bergambar beramai-ramai dulu. Budiey juga turut ditemubual oleh videografer tentang trip kali ini.
Seterusnya, perjalanan mencabar telah kami lalui di mana kami melalui perjalanan off road yang memerlukan kami melalui sebatang sungai. Air nya tidaklah dalam sangat tapi cukuplah memguji kecekapan pemanduan kami. Nasib baik tiada apa yang buruk berlaku.
Perjalanan sangat lancar. Boleh dikatakan semua dari kami mencuba untuk melalui anak sungai ini.
Segmen ini adalah antara klimaks untuk trip konvoi ini kerana ia cukup menguji pemanduan kami. Bukan perkara yang mudah. Silap hari bulan kereta kami terbalik kalau tak tahu nak bawa dan kawal kereta.
Perjalanan kami ke Tanjung Jara diteruskan.
Untuk info, siri jelajah ke Tanjung Jara ini bukanlah kali pertama event seperti ini dianjurkan. Kali pertama telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan kali kedua di Miri, Sarawak dan feedback daripada peserta tentang formula baru Petronas Dynamic Diesel sangat positif.
Tidak sampai 3 jam memandu, kami pun sampai di Tanjung Jara Resort di mana kami akan bermalam dan berehat di sini pada malam ini.
Kami disambut dengan begitu mesra oleh pihak resort.
Apa-apa pun, kami check in la dulu. Selepas mendapat kunci, Budiey berehat seketika dan sempat keluar berjalan-jalan di pesisir pantai. Pemandangan sangat cantik memukau mempersonakan, okay.
Menjelang malam, Budiey bersiap sedia untuk makan malam di Restoran Nelayan di resort ini. Selain kami, katanya ada 10 orang dari kelab kereta yang turut datang makan bersama kami.
Sebelum menikmati makan malam, kami berkumpul dulu di tepi pantai untuk sesi sidang media dan juga soal jawab bersama pakar Teknologi Minyak PETRONAS iaitu Mohd Hafiz Abdul Aziz.
Rata-rata soal menyentuh tentang teknologi yang digunakan oleh PETRONAS. Selain perancangan masa depan, media juga bertanyakan tentang procedure kajian yang dijalankan.
Kalau kawan-kawan nak tahu, Petronas Dynamic Diesel memberi perlindungan enjin dengan mengurangkan binaan sisa pembakaran pada bahagian dalaman dan luaran fuel injector. Dengan itu, enjin akan tahan lebih lama dan menghasilkan prestasi yang lebih baik.
Pembakaran yang lebih baik dan pengurangan geseran pada komponen dalam enjin sekaligus menjadikan pemanduan yang lebih lancar.
Inovasi untuk pembangunan bahan api Petronas tidak berlaku sekelip mata, ia berlaku melalui penyelidikan yang mendalam. Ini menunjukkan Petronas sangat terlibat dalam fuel development, ia bukan penaja logo saja.
Pihak Petronas bergaul mesra bersama local car club yang turut serta event Dynamic Xperience ini.
Ada yang ambil peluang untuk merakam kenangan. Semua muka happy malam tu!
Jam 11 malam Budiey balik semula ke bilik hotel untuk berehat. Seharian memandu sangat memenatkan. Jadi, Budiey perlukan tidur yang cukup untuk meneruskan perjalanan pulang esok.
Jam 7 pagi, bangun untuk bersarapan. Selepas bersarapan, Budiey packing barang dan bersiap sedia untuk check out dan pulang. Sebelum pulang, kam bergambar beramai-ramai di depan Tanjung Jara Resort ni.
Apa yang boleh Budiey simpulkan di sini, Petronas #DynamicXperience mencapati matlamatnya iaitu diadakan untuk rakan media dan pengguna diesel dapat merasai sendiri prestasi formula baru Petronas Dynamic Diesel.
Budiey dapat katakan di sini, prestasi enjin lebih baik, kurang asap dan melalui ujian yang terperinci dan formula baru yang dipertingkatkan ini menghasilkan pembakaran yang lebih bersih dan efisyen, sesuai untuk enjin diesel berteknologi baru.
Akhir kata, Budiey nak ucapkan terima kasih banyak kepada PETRONAS Dagangan Berhad kerana sudi menjemput Budiey.com untuk mengikuti konvoi jelajah ke Tanjung Jara ini. Satu pengalaman yang tak akan Budiey lupakan sampai bila-bila.
Nak cuba Petronas Dynamic Diesel yang terbaik ni? Boleh cari stesen Petronas terdekat dengan melayari www.mymesra.com.my/petrol-station-locator.aspx atau muat turun Petronas Pitstop App di App Store untuk iOS atau Google Playstore untuk Android.