Nyata nasib tidak menyebelahi kumpulan Shake apabila terpaksa akur tersingkir di minggu kelima gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016 yang berlangsung di Theater Shah Alam, Selangor minggu lepas.
Penyingkiran mereka yang diumumkan oleh juri tetap, Bunga Citra Lestari adalah berdasarkan markah daripada pihak juri dan undian Khidmat Pesanan RIngkas (SMS) penonton.
Dengan berbaki 10 kumpulan ejen di minggu keenam, ejen-ejen lawak diberi tugasan lebih mencabar pada minggu ini yang bertemakan ‘Majlis’.
Bagaimana agaknya corak persembahan ejen-ejen lawak menyelesaikan tugasan mereka? Sama-sama kita saksikan.