in

SuriaFM Sambut Earth Hour di Restoran Linda Onn

‘Earth Hour’ ialah acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia, WWF, setiap hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Iaitu dengan cara mematikan lampu selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.. Padam lampu dan berikan nafas baru kepada bumi!

Jadi, light’s out Malaysia!

Sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini, Suria FM mengambil langkah untuk turut meraikan ‘Earth Hour’ selaras dengan kempen alam sekitar yang berlangsung di seluruh dunia.

Restoran My Mum Chicken Rice, Citarasa Linda Onn bertempat di bersebelahan Ampang Point, Ampang menjadi penaja utama yang menaja tempat dan juga makanan. Seramai 150 orang pendengar bertuah dipilih untuk turut serta dalam meraikan Earth Hour bersama penyampai-penyampai Suria FM.

Turut memeriahkan majlis, Mila dan juga Anna Rafali dijemput hadir untuk memberikan persembahan dan menghiburkan hadirin yang hadir.

Selain itu, Suria FM juga mengambil kesempatan untuk menjadikan malam Earth Hour ini sebagai simbolik kepada majlis penutupan peraduan ‘Lagu Berduit di Suria FM’ yang telah berlangsung sejak 1 Mac lalu. Peraduan yang memberikan peluang kepada pendengar setia Suria FM untuk memenangi sebahagian wang tunai sehingga RM75,000 berakhir secara rasminya pada 26 Mac lalu dan lebih 70 orang telah berjaya memenanginya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lahir 1 April Dapat Hadiah dari RTM

Din Beramboi Koma Terkena Virus Kencing Tikus