in ,

TV1 Siar Konsert Lagu Untukmu Datuk Ooi Eow Jin

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menzahirkan keprihatinan kepada seniman berhati cekal iaitu pencipta, penggubah, pemuzik dan penulis lirik terkenal Datuk Ooi Eow Jin menerusi “Konsert Lagu Untukmu… Datuk Ooi Eow Jin” bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, yang dirakamkan pada Disember lalu.

Bakal menemui penonton pada 28 Februari ini, pukul 9.30 malam mengisi Slot Lantera Muzika di TV1, konsert amal terbuka kepada orang ramai ini mendapat kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia dan mencatatkan sejarah yang tersendiri memberikan penghargaan kepada komposer terkenal Datuk Ooi Eow Jin antara tokoh muzik yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat dalam meneruskan kesinambungan Orkestra RTM yang dulunya dikenali sebagai Orkestra Radio Malaya.

AHMAD Nawab turut tampil dengan persembahan khas dalam konsert ini

“Konsert Lagu Untukmu… Datuk Ooi Eow Jin” Warnai Slot Lantera Muzika Di TV1

Matlamat utama penganjuran konsert ini ialah untuk memberi pengiktirafan kepada jasa Datuk Ooi Eow Jin di samping menyerah sumbangan yang dikumpul oleh Persatuan Karyawan melalui Tabung Ooi Eow Jin berjumlah RM 40, 000.

Pemilihan tajuk Lagu Untukmu dilihat tepat menerangkan maksud konsert ini daripada Datuk Ooi Eow Jin kepada semua yang dipetik daripada lagu pertama ciptaan beliau, Lagu Untukmu nyanyian Dhalan Zainudin.

Seramai 30 orang pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan pemuzik Kanan Orkestra RTM, Jaffar Abd Rahman@Idris atau lebih dikenali sebagai Jari mengiringi artis-artis popular tanah air antaranya Dato’ Dhalan Zainuddin, Datuk Ahmad Nawab, Dato’ David Arumugam, Salamiah Hassan, Rahimah Rahim, Siso, Adibah Noor, Tomok, Bob dan artis baru kelahiran RTM seperti Ernie Zakri dan Aisha Safia.

Persembahan artis dibahagikan kepada segmen pembukaan, Era Awal 70an – 80an, Lagu Tema Filem, Kenangan Bersama Sudirman Hj Arshad dan Sumbangan Dalam Dunia Pendidikan. Kemudiannya menyusul segmen Kisah dan Sentuhan Gubahan Orkestranya Bersama RTM dan Finale.

Menghimpunkan 14 buah lagu-lagu ciptaan Datuk Ooi Eow Jin dipersembahkan oleh artis terkenal antaranya Lagu Untukmu (Koir UiTM), Serunai Perindu (Ernie Zakri), Kisah Gadis Sepi (Aisha Safia), Terkenang dan Masa Berlalu (Salamiah Hasan), Dia Ibuku (Bob dan Ernie Zakri), Jika Begini dan Hati Yang Rapuh (Rahimah Rahim), Gerimis di Lautan dan Teriring Doa (Tomok), Seniman Tua (Bob), The Lady Is A Tramp dan Smile (Adibah Noor), dan instrumental lagu Setulus Cinta oleh Datuk Ahmad Nawab.

Persembahan kemuncak medley lagu Sekuntum Mawar Merah dan Sampaikan Salam nyanyian Dato’ David Arumugam juga Lagu Untukmu oleh Dato’ Dhalan Zainudin dan Siso.

Istimewanya beberapa pemuzik asal dari era karier Ooi Eow Jin bersama Orkestra RTM turut diundang khas membuat persembahan iaitu Dato Dr Johari Salleh dan pemain piano Orkestra RTM, Richard Hoon.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Ke THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS

Tayangan Amal Filem Olabola Astro Kasih