in ,

Apa Yang Menarik Dalam Drama AH GAIK

Ketika berada di ambang sambutan Tahun Baharu Cina, Arman telah memenuhi impian anak lelakinya, Khairul untuk menyatukan semula hubungan Arman dengan ibu kandungnya, Ah Gaik. Namun Arman terpaksa berdepan dengan masalah penyakit ibunya yang menghadapi selective mutisme serta tentang adik perempuan kandungnya, Hui Yen yang disebabkan pelbagai masalah yang sudah sekian lama terpendam.

krew yang terlibat dalam menjayakan Panggung RTM Tahun  Baru Cina 2016 Ah Gaik (2)

Panggung RTM Khas Tahun Baharu Cina, Drama “Ah Gaik” pada 11 Februari ini, pukul 10.00 malam di TV2

Kisah kekeluargaan sarat konflik ini melatari drama bertajuk “Ah Gaik” arahan Mohd Fahmi Sarindi, Unit Drama TV RTM yang disiarkan pada 11 Februari ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Tanpa kelibat pelakon popular, drama khas dibintangi oleh Mandy Chong, Ng Kim Ying, Chew Kin Wah, AkidIeman Tay Rozaki, Tan Hau Yen, Teo Sin Yee, Ruby Ooi, Aida Othman dan Tan Ting ini mempunyai kekuatan dari segi plot kisah kesungguhan seorang anak dalam usaha merebut semula hati dan kepercayaan seorang ibu setelah dia bergaduh besar dengan ayahnya dan meninggalkan kampung tanpa khabar berita.

Rencah drama ini bermula dengan Arman bergaduh besar dengan ayahnya kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka berjudi hingga menyebabkan dia bertindak keluar dari rumah. Kini, Arman telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Nazirah, wanita yang banyak berkorban untuknya. Mereka hidup bahagia bersama seorang anak lelaki, Khairul. Kerjaya Arman sebagai ahli perniagaan juga semakin stabil.

Namun sejak kebelakangan ini, Arman dihantui mimpi yang sukar untuk ditafsirkan. Keadaan itu mula menggugat kesihatan dan kerjaya Arman. Nazirah merasakan mimpi itu ada kaitan dengan Arman yang sudah sekian lama tidak pulang menemui keluarganya di kampung. Situasi itu didorong oleh Khairul yang bersungguh-sungguh mahu mengajak ayahnya pulang menemui keluarga ayah yang tidak pernah ditemuinya selama ini.

Kepulangan Arman dan keluarganya di kampung disambut oleh adik kandungany, Hui Yen. Layanan hambar. Ketika itu juga Arman diberitahu ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya, Ah Gaik menghidap penyakit selective mutism, iaitu enggan bercakap dan memberikan sebarang reaksi. Penyakit itu menimpanya setelah Arman keluar dari rumah hingga kini.

Arman rasa bersalah dan cuba untuk memperbetulkan situasi tersebut. Dia mahu ibunya pulih seperti dahulu. Sementara itu Hui Yen tertekan selama ini kerana terpaksa menjaga ibunya seorang diri. Malah dia terpaksa mengetepikan perasaan cinta terhadap pemuda kampung bernama Ah Fatt yang menaruh hati padanya.

Khairul yang teruja pulang ke kampung ternampak cebisan kertas terselit di bawah papan berhala datuknya. Dia terus berusaha untuk mengetahui butiran kertas tersebut dan akhirnya mengetahui ia sajak yang ditulis khas dihadiahkan mendiang datuk kepada neneknya, Ah Gaik.

Apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik sajak itu? Mampukah Arman menjernihkan semula hubungan kekeluargaan yang sudah lama retak? Saksikan kesudahannya dalam drama khas Tahun Baharu Cina ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Arman memenuhi permintaan anaknya, Khai untuk bersatu   dengan ibu kandungnya, Ah Gaik

Arman pergi melawat pusara bapanya. (1)

Kakak Arman, Hui Yan sedih dengan nasib yang    dihadapinya

Ah Gaik berdepan dengan masalah penyakit selective   mutisme

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Malam Berinai Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Lebih Makna