in

Dua Citarasa Satu Jiwa Ikea di Astro Ria

Projek ubahsuai dan dekorasi di Astro RIA

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, pasti ramai teruja untuk menghias rumah yang akan diduduki bersama. Tetapi bagaimana pula jika mereka mempunyai citarasa yang berbeza?

Rancangan realiti terbaru yang dijayakan oleh IKEA; Dua Citarasa Satu Jiwa akan menjadi saksi kepada hasil kreatif dekorasi rumah setiap pasangan yang mungkin mempunyai citarasa berbeza yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam bermula pada 9 April 2010 di Astro RIA (saluran 104).

Pengurus Saluran Astro RIA; Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Program ini amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutamanya kepada pasangan yang baru berkahwin kerana ia memberikan tips-tips untuk menghias rumah dengan limitasi belanjawan masing-masing.

Secara tidak langsung program ini juga boleh mendidik orang ramai dan menangkis tanggapan bahawa untuk memiliki rumah yang cantik dan kemas, belanjawan yang besar bukanlah satu kemestian. Apa yang lebih penting ialah idea-idea segar dan ringkas yang dapat mencantikkan lagi hiasan sesebuah rumah.”

“Melalui program baru Dua Citarasa Satu Jiwa, kami ingin memaparkan bahawa IKEA mempunyai penyelesaian bilik tidur untuk setiap keperluan dan situasi. Sama ada anda memerlukan lebih ruang untuk menyimpan pakaian atau buku kegemaran, mencari tilam yang sesuai untuk anda dan pasangan anda, mencari penyelesaian ruang untuk katil bayi yang baru atau keperluan anda untuk mengubah bilik tidur menggunakan tekstil katil yang baru. Untuk apa saja keperluan anda, IKEA di Mutiara Damansara mempunyai penyelesaian bilik tidur untuk anda pada harga rendah yang anda mampu,” kata Cik Yeong Tze Kuen, Pengurus Pengiklanan & Promosi IKEA Malaysia.

Rancangan Dua Citarasa Satu Jiwa ini akan memperlihatkan lapan pasangan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang menunjukkan kemahiran mereka menghiasi sesebuah kediaman dengan menggunakan perkakasan dari syarikat perabut dan dekorasi rumah terkenal; IKEA.

Dua orang pengacara terkenal; Sharifah Shahira dan Didie Alias ditugaskan untuk menggamatkan lagi suasana pada setiap minggu. Apa yang lebih menarik ialah apabila mereka dibenarkan untuk menghentikan tugasan dekorasi setiap peserta jika dilihat tidak mempunyai elemen kreatif dan tersendiri.

Rancangan ini akan memberikan penumpuan kepada lapan bahagian secara bergilir-gilir seperti bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik tetamu, bilik bayi, bilik air, ruang makan dan ruang kerja domestik.

Pada setiap minggu, sepasang peserta suami isteri akan diketengahkan. Kedua-dua orang pengacara pula ditugaskan untuk meyakinkan setiap satu dari pasangan tersebut tentang tatacara dekorasi yang dipilih. Pelbagai drama dapat dilihat terutamanya apabila setiap pasangan berselisih pendapat dan pengacara yang dipertanggungjawabkan pula dikehendaki untuk menghangatkan lagi acara sebelum keputusan dibuat.

Terdahulu para peserta yang terpilih dikendaki menghantar video berlatarbelakang kediaman masing-masing sebelum terpilih untuk menghias rumah masing-masing dengan menggunakan perkakasan dari IKEA.

Jangan lupa untuk saksikan Dua Citarasa Satu Jiwa yang akan mula menemui para penonton pada 9 April 2010, hari Jumaat, jam 9.30 malam di Astro RIA.

Tentang IKEA
Rumah adalah tempat yang paling penting di dunia. Ia adalah ruang peribadi dan tempat selesa untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul, juga tempat kanak-kanak belajar dan membesar. Ia juga tempat yang mengalu-alukan semua orang berkumpul dan bermesra setiap hari.

IKEA membantu mencipta kehidupan harian yang lebih baik di rumah untuk ramai orang. Diasaskan pada 1943 di Sweden, IKEA menawarkan rangkaian luas produk kelengkapan rumah yang direka sempurna dan berfungsi pada harga rendah yang mampu dibeli oleh ramai orang. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 301 gedung IKEA di 37 buah negara. Untuk maklumat lanjut tentang IKEA, layari www.IKEA.com.my

Dua Citarasa, Satu Jiwa tercipta hasil kerjasama dengan Astro sempena kempen bilik tidur IKEA bermula 1 April hingga 9 Mei. Menghasilkan dan memperolehi bilik tidur peribadi yang selesa bukanlah sesuatu yang mudah. IKEA, pakar kelengkapan rumah yang menawarkan inspirasi dan penyelesaian bijak menjadikan perancangan dan penciptaan bilik tidur idaman sesuatu yang mudah. Dengan rangkaian penyelesaian bilik tidur yang lengkap terdiri daripada almari pakaian, katil, tilam hingga aksesori seperti aksesori katil dan langsir dari IKEA, menghasilkan bilik tidur impian adalah sesuatu yang amat mudah, begitu juga rasa harmoni di dalam bilik tidur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Demam Showdown 2010 Melanda Malaysia

Sekitar Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina