in

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Muzika Ekstravaganza

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghiburkan penonton setia salurannya dengan tayangan Konsert “Muzika Ekstravaganza”, konsert itu menjadi medium penyatuan bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Singapura khususnya berkaitan industri seni pada 6 Februari ini, pukul 2.00 petang di TV2.

Konsert ini menyaksikan giliran Malaysia menjadi tuan rumah konsert kerjasama RTM (Malaysia) dan Mediacorp (Singapura) untuk kali ke-8 penganjurannya. Muzika Ekstravaganza merupakan pentas di mana artis Malaysia dan Singapura dapat bekerjasama, berkongsi idea dan memberi persembahan yang berbeza dan mengejutkan kepada penonton.

Kuala Lumpur 7 Februari 2014 - Awi Rafael dan Misha Omar ketika konsert Muzika Extravanganza di Auditorium Perdana,Angkasapuri,Kuala Lumpur di sini hari ini...gambar oleh Roy Azis Abd Aziz.pemberita Azrul,Izuan (Hiburan,Hiburan Kosmo)

Dengan erti kata lain, Muzika Ekstravaganza dapat memberi persembahan secara gala dengan artis popular, muzik yang inovatif dan persembahan yang menakjubkan.

Muzika Extravaganza Satukan Persembahan Artis Malaysia – Singapura pada 6 Februari Ini Di TV2

Muzika Ekstravaganza bertemakan “Power Of Dream” (Kuasa Impian) ini dipilih sejajar dengan perkembangan rangkaian media sosial seperti Youtube, Twitter, Facebook dan lain – lain yang menjadi pasaran komoditi seni Malaysia dan Singapura mampu dipasarkan di platform yang luas.

Konsert kali ini lebih menonjolkan artis – artis muda yang berjaya dengan berbekalkan semangat dan impian mereka dalam industri seni tanahair. Selain artis yang muncul daripada rancangan realiti TV, Muzika Ekstravaganza kali ini juga menampilkan artis – artis popular yang berjaya memalui landasan media baharu yang tiada sempadan.

Rancangan berbentuk moden dan variety ini mengutarakan persembahan gaya konsert santai. Selain gabungan nyanyian artis kedua–dua negara, rancangan ini akan diserikan lagi dengan persembahan soloist instrumental untuk menjadikannya lebih menarik ditontoni.

Menampilkan gandingan pengacara Muaz Mohamed (Malaysia) dan Huda Ali (Singapura), saksikan persembahan artis dari Malaysia terdiri daripada Mawi, Nash, Black, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Soo Wincci, Mawi, RJ, Kumpulan Paladdin (Cello), Jeff, Apek dan Azrul. Manakala Singapura membariskan artis terkenal mereka seperti Awi Rafael, Aliff Aziz, Sleeq, Maiya Rahman dan Daly Filsuf.

Program ini diterbitkan Serena Mohd Salleh (RTM) dan Zulina Karim (Mediacorp).

Kuala Lumpur 7 Februari 2014 - Dayang Nurfaizah dan Maiya ketika konsert Muzika Extravanganza di Auditorium Perdana,Angkasapuri,Kuala Lumpur di sini hari ini...gambar oleh Roy Azis Abd Aziz.pemberita Azrul,Izuan (Hiburan,Hiburan Kosmo)

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUMA Perkenalkan Semula Koleksi Kasut BLAZE

FOX Themed Breakout Room in Malaysia