in , ,

Titan Lancar Koleksi MOONLIGHT TITAN RAGA Yang Menawan

Pejam celik pejam celik, tahun 2016 sudah pun tiba. Apa yang penting sekarang ini, Budiey rasa, tahun 2016 mahu lebih cerah, lebih berjaya dan lebih menawan dari tahun lalu.

Begitu juga dengan gaya penampilan serta fesyen, kalau boleh, Budiey mahu mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Bercakap pasal fesyen, pada 15 Disember yang lalu, Budiey telah menghadiri majlis pelancaran jam tangan terbaharu jenama Titan di sebuah restoran di KLCC. Acara kasual tapi meriah ini adalah untuk melancarkan koleksi terbaru Titan iaitu MOONLIGHT by Titan Raga yang diadakan oleh Titan Company Limited yang mana syarikat ini diasaskan pada 1984. Kalau tak silap, Titan Group Ltd. merupakan syarikat tersenarai bernilai $1.8 bilion, mengeluarkan lebih daripada 13 juta jam tangan setiap tahun. Wow, banyak tu kan!

Pelancaran Koleksi Jam Tangan TITAN - Moonlight 2015

Untuk pengetahuan semua pembaca, Titan Company Limited adalah sebahagian daripada konglomerat global bernilai $108 Bilion, Tata Group dengan perniagaan melibatkan panel keluli, automobil, perisian, peruncitan dan telekomunikasi. Kalau nak tahu, Tata Group memiliki jenama global ikonik seperti Jaguar dan Land Rover, NatSteel dan Corus, kenderaan komersial Daewoo, Perhotelan Mewah Taj Group dan Tetley Tea.

Titan Company Limited juga merupakan pembuat jam ke-5 di dunia dan mereka diedarkan di Malaysia dan Singapura melalui Chronosoft Sdn Bhd.

Untitled

Acara ini bersempena perayaan yang paling dinanti-nantikan iaitu Hari Krismas dan sambutan tahun baru 2016, Titan melancarkan koleksi jam tangan Moonlight yang menawan untuk para wanita. Barisan jam tangan tersebut diinspirasikan daripada keindahan objek yang dilimpahi kemilau cahaya bulan.

Diperincikan bersama kristal dan mutiara Swarovski, jam tangan yang turut diperindahkan dengan kemasan sadurannya ini adalah aksesori sempurna untuk digayakan pada detik istimewa. Jam tangan ini adalah satu ilustrasi terhadap kehebatan pertukangan dan sofistikasi rekaan oleh Titan Raga. Direka untuk wanita kontemporari, koleksi kali ini merupakan gambaran terperinci daripada pancaran perak cahaya bulan.

Koleksi Moonlight daripada Raga dilancarkan oleh Ketua Perniagaan – Bahagian Antarabangsa, Titan Company Limited, Vijesh Rajan.

Untitled

Dijual pada harga di antara RM375 – RM1,985, koleksi Raga Moonlight mempunyai kepelbagaian rekaan dan boleh didapati di kedai-kedai jam utama di seluruh Malaysia.

Untitled

Berucap pada majlis pelancaran koleksi Moonlight, Vijesh Rajan berkata:

“Pelanggan kami di Malaysia sentiasa menghargai, menyokong dan menjadikan kami antara jenama jam tangan terkemuks di Malaysia. Kami amat teruja memberikan anda sebuah lagi koleksi daripada portfolio kami untuk meraikan musim perayaan ini.

Jam tangan Moonlight adalah interpretasi terhadap keindahan objek yang dibias cahaya bulan; seperti keindahan Taj Mahal, bunga malam yang harum, kesempurnaan baiduri bulan, tasik penuh mistik dan langit malam yang bercahaya.

Setiap jam tangan Raga adalah kanvas terhadap bayangan kebijaksanaan dalam rekaan dan ilustrasi keindahan yang dijangkau dari wanita Raga – beliau seorang yang elegan, berkeyakinan, cantik dan memiliki kesantunan merentas zaman.”

Untitled

Selain koleksi menawan Moonlight, Titan turut menawarkan jam tangan hebat yang sempurna dijadikan cenderahati sempena musim perayaan ini – Edge, jam tangan kuarza paling runcing di dunia, kronograf dan multifungsi Octane serta Purple – jam tangan bercita rasa tinggi untuk pengguna kontemporari Malaysia. Semestinya anda akan rambang mata tetapi bukankah itu erti perayaan sebenar!

Koleksi Moonlight oleh Titan Raga

[dropcap]T[/dropcap] engok pada tajuknya pun kita tahu koleksi jam tangan untuk wanita ini sememangnya diinspirasikan daripada kemilau cahaya bulan. Memang cukup cantik, menawan dan mempersonakan rekaannya.

Mengambil inspirasi daripada keindahan objek yang dilimpahi cahaya bulan, koleksi Moonlight daripada Titan Raga merupakan rangkaian jam tangan menawan yang direka untuk wanita kontemporari.

Diperincikan bersama kristal dan mutiara Swarovski, jam tangan yang turut diperindahkan dengan kesenian sadurannya ini adalah aksesori sempurna untuk digayakan pada detik istimewa. Jam tangan ini adalah satu ilustrasi terhadap kehebatan pertukangan dan sofistikasi rekaan oleh Titan Raga. Sebuah ilustrasi tentang keindahan tidak terperi daripada pancaran perak cahaya bulan, koleksi Moonlight mewakili gaya abadi dengan barisan 33 jam tangan unik dan menawan.

Koleksi Moonlight adalah simbol sempurna terhadap elegan dan sensualiti, direka untuk menyerlah dan meningkatkan aura wanita Raga. Unik dan merentas zaman, jam tangan Raga tidak akan pernah tercicir dari radar fesyen.

Untitled

Night Flowers

Diinspirasikan daripada bunga putih yang lembut dan hanya memekar pada malam bulan penuh, jam tangan Night Flower diperincikan bersama mutiara Swarovski. Dengan kesenian saduran menawan pada gelangnya (bracelet), jam tangan ini menterjemahkan definisi elegan dan kesantunan. Jam tangan Night Flower disediakan dalam variasi emas (gold) dan rose gold bersama dial daripada ibu mutiara.

Untitled

The Taj

Gambaran indah tentang monumen ikonik tersebut, jam tangan ini meminjam inspirasi daripada keindahan mengagumkan Taj Mahal pada malam bulan penuh. Gelangnya sarat dengan perhiasan kristal Swarovski manakala ibu mutiara pada dial pula menyerlahkan perincian rumitnya. Direka dalam rona emas dan rose gold, jam tangan Taj Mahal disediakan dalam dua varian.

Untitled

Starry Night

Kombinasi rekaaan keindahan bulan penuh pada gelangnya, jam tangan ini memaparkan keserian cahaya bulan dan kerdipan bintang. Potongan kristal dan mutiara Swarovski yang menawan turut dipinjamkan pada aksesori mewah ini. Bersama dial yang terdiri daripada ibu mutiara, jam tangan Starry Night tersedia dalam rona emas dan rose gold berserta kristal jernih, merah jambu, ungu, topaz dan amber.

Untitled

Moonstone

Pesona cahaya bulan penuh berkongsi keindahannya bersama jam tangan Moonstone. Kristal Swarovski menyerlahkan baiduri bulan (moonstone) pada gelangnya. Berseri bak limpahan kilauan bulan, jam tangan elegan ini hadir dalam selongsong keemasan dan rose gold bersama baiduri bulan putih, karamel, jed hijau zaitun dan topaz.

Untitled

Mystic Luna

Sebuah bukti terhadap kejelitaan kudus dan elegan dewi bulan, Luna, jam tangan ini mengabadikan aura sang bulan dikelilingi awan yang berarak. Kristal Swarovski menyerlahkan perincian bezel yang mewakili mistikal Luna. Bersama dial ibu mutiara dalam rona emas dan rose gold, terdapat tujuh model bagi Mystic Luna.

Midnight Candy

The Night Phlox atau juga dipanggil Midnight Candy, menunjukkan rekaan halus pada kerawang di gelang jam tangan ini. Bersama kristal Swarovski, jam tangan ini turut hadir bersama dial ibu mutiara. Midnight Candy ditawarkan dalam rona emas, rose gold dan perak.

Crescent Moon

Satu simbolik keindahan biarpun pada fasa awal, bulan sabit menambahkan lengkungan dan bayangan terhadap jam tangan yang ringkas namun bergaya. Dengan kemasan saduran pada cantuman (link) gelangnya, jam tangan Crescent Moon menampilkan kelainan bentuk dari segi bentuknya yang runcing. Bersama dial daripada ibu mutiara, rekaannya terdapat dalam tiga model iaitu emas, perak dan rose gold.

Moon Lake

Ketenangan air tasik bercahaya disinari kemilau bulan purnama, membiaskan keindahannya pada gelang jam tangan ini. Kemasan saduran menambahkan nilai minimalis namun ketara elegan terhadap cantuman gelangnya. Jam tangan Moon Lake disediakan dalam varian emas, rose gold dan perak.

Dengan pelanggan melebihi 135 juta di 32 buah negara merentasi 7,000 titik jualan, sudah tentu jenama Titan semakin digemari oleh semua pengguna. Budiey juga dah pun memiliki sebuah jam tangan berjenama Titan. Dahlah ringan dan berkualiti, jangan tangan ini juga cukup bergaya dan menawak sekali.

Kualiti bukan satu kompromi dalam pembuatan jam tangan Titan dan fasiliti pengeluaran berkemajuan terkininya meliputi keluasan 450,000 kaki persegi. Ia juga dinilai oleh ramai pakar sebagai antara yang terbaik di dunia, fasiliti tersebut dianugerahkan pensijilan ISO untuk sistem pengurusan kualiti dan alam sekitar.

Nak bergaya untuk tahun 2016 ni, Budiey rasa anda semua kena cuba fesyen terbaru dari Titan yang lebih berkualiti dan elegan ni.

Selamat tahun baru 2016 semua!

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket MET10 Awards 2016

Ada Sebab Festival AJL30 Jadi Lebih Meriah