in

Gambar Sekitar Hari Jadi Anak Adilla Yang Ke-2

Pada 21 Mac 2010 lalu, Adilla telah meraikan hari ulangtahun ke-2 anak kesayangannya, Rania di Mon Rods Kitchen, Shah Alam. Pada majlis itu juga, majlis ulangtahun perkahwinan Adlla bersama suami tercinta iaitu Tengku Ngah Putra yang ke-14 tahun diraikan.

Walaupun semasa majlis berlangsung, hujan lebat membasahi bumi, tetapi majlis berlangsung dgn meriah sekali dengan dihadiri oleh famili, rakan-rakan Adilla, rakan selebriti dan media. Itulah hujan rahmat namanya.

Acara dimeriahkan dengan acara potong kek hari lahir Rania serta kek ulang tahun perkahwinan mereka.

Kemudian ada silap mata, games untuk kanak-kanak. Macam-macam permainan diadakan untuk kanak-kanak yang hadir termasuklah games balut badan dengan tisu, kutip sampah; sape paling ramai kutip sampah, dia yang menang dan pertandingan prince & princess..

Tak cukup dengan itu, tak sah kalau tak dengar suara nyanyian dari Adilla. Hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Kasih yg dipopularkan oleh Hetty Koes Endang tanda perhargaan buat keluarga beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Parti Hip TV TV9

Gambar Sekitar Movie Day Out V3 Samseng Jalanan