AirAsia menawarkan hadiah tempat duduk penerbangan percuma selama setahun kepada pemenang bertuah Cabaran Ulangtahun AirAsia ke-14 yang dibuka penyertaan bermula sekarang hingga 27 Disember 2015.
Pusingan akhir cabaran akan diadakan di gateway@klia2, yang juga merupakan salah satu penaja rasmi, pada 9 Jan 2016 dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah tempat duduk penerbangan percuma selama setahun kemana mana destinasi yang dikendalikan oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK), perlindungan insurans perjalanan Tune Protect selama setahun, 140,000 mata ganjaran BIG, baucar membeli-belah Lazada bernilai RM3000 dan juga baucar hotel dari AirAsiaGo bernilai RM1,400.
Menangi tempat duduk penerbangan percuma AirAsia!
Sertai Cabaran Ulangtahun ke-14 AirAsia dan menangi hadiah hebat dari AirAsia dan rakan—rakan niaga
[dropcap]A[/dropcap]irAsia menjemput semua untuk menyertai cabaran ini dan untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai cara penyertaan, sila layari laman sosial AirAsia (Twitter dan Facebook) atau melalui flyfm.com.my dan hotfm.com.my.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Cabaran ulang tahun AirAsia adalah cara yang terbaik untuk meraikan ulangtahun kami yang ke-14 terutama bagi mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang telah banyak memberikan sokongan kepada kami. Selama beberapa tahun ini, produk dan perkhidmatan kami telah melalui fasa-fasa inovasi dan para peserta cabaran ulang tahun AirAsia akan dapat mengalami semua itu. Kami mengalu-alukan semua penyertaan dan teruja untuk meraikan ulangtahun dengan semua tetamu kami.”
14 peserta yang disenarai pendek daripada sepanjang tempoh penyertaan akan berpasangan dengan selebriti tempatan semasa pusingan akhir, di mana mereka akan mengelilingi gateway@klia2 untuk menyelesaikan tugas dan misi, seperti ‘Cabaran Selfie’ dan ‘Cabaran Membeli-belah’, bertujuan untuk menguji ilmu dan ketahanan mereka.
Selain Hadiah Utama, peserta-peserta juga berpeluang untuk memenangi baucar membeli belah Lazada sehingga RM20,000 semasa pusingan akhir.
Cabaran Ulangtahun AirAsia juga ditaja oleh MasterCard dan Tune Protect, dengan sokongan Program Kesetiaan AirAsia-BIG, AirAsiaGo, Tune Hotels dan Lazada.
Ikuti perkembangan promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).