in ,

Review Hotel Harris Terbaru di Bandung

Jelas sekali Harris merupakan salah satu jenama hotel yang paling popular di Indonesia. Ini semua berkat perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, sangat praktikal buat para pelancong moden yang memburu keselesaan pada harga yang berpatutan.

Ditambah pula dengan konsep senireka dan senibina yang sangat ceria melalui warna-warna temanya (khasnya jingga), gedung hotel ini senantiasa menjadi pusat perhatian.

Untitled

Harris terbaru di Bandung di atas bukit di Ciumbuleuit!

[dropcap]W[/dropcap]alaupun jenama Hotel Harris sudah berada di Bandung sejak beberapa tahun yang lalu, iaitu di Harris Hotel & Conventions Festival Citylink, namun kini mereka terus mengorak langkah dengan lahirnya Harris Ciumbuleuit di kawasan utara Bandung.

Terletak di atas bukit di daerah Ciumbuleuit kota Bandung, hotel yang masih agak baru ini mempunyai beberapa tarikan tersendiri. Menampilkan ruangan serta dewan-dewan yang amat luas sebagai pusat konvensyen, ia menjadi tarikan ramai buat mereka yang bukan sahaja ingin menginap tetapi juga mengadakan aktiviti atau perjumpaan pada skala yang besar.

Selain itu, para tamu sebenarnya tidak perlu bersusah-payah melangkah keluar dari bangunan hotel untuk menikmati hidangan enak kerana di dalam hotel sendiri terdapat Harris Cafe yang menyediakan pelbagai sajian lazat untuk sarapan serta makan tengah hari.

Tambahan lagi, pemandangan indah kota Bandung juga dapat dinikmati sambil menjamu selera dari kawasan Sky Lounge yang benar-benar menyejukkan mata. Di samping itu, terdapat juga sebuah kolam renang di tingkat teratas bersebelahan Sky Lounge iaitu Sky Pool untuk menikmati suasana dari aras tinggi sambil berenang. Tersedia juga H’Spa, Dino Kids Club buat kanak-kanak, Harris Boutique serta sebuah pusat kesihatan dan senamana iaitu Harris Fitness Centre.

Kesemua 210 bilik-bilik serta suitenya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet.

Selain itu, warna jingga yang menjadi warna tema utama jenama Hotel Harris selain warna-warna ranggi yang lain, menghidupkan lagi suasana ceria di sini. (Para tamu juga boleh memilih bilik suite jika mahukan kawasan yang lebih luas) Ini menjadikannya sebuah hotel yang lengkap dan sangat sesuai buat mereka yang datang atas urusan kerja ataupun bercuti.

Ia juga mempunyai jalan-jalan dengan laluan terdekat ke pusat membeli-belah seperti Cihampelas Street, Cihampelas Walk dan juga kawasan berbelanja Dago.

Dengan itu sekiranya anda singgah ke Bandung dan tercari-cari hotel yang cantik dan praktikal, cubalah bermalam di Harris Ciumbuleuit Hotel & Conventions. Mereka boleh menyambut ketibaan anda di lapangan terbang dengan van-van comel berwarna jingga mereka kerana ia hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk tiba dari lapangan terbang Bandung dan sekitar 15 minit dari stesen keretapi.

Keceriaan serta keramahan warga kerja mereka pasti dapat anda rasai sekiranya bersinggah ke sini!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Harris terbaru di Bandung di atas bukit di Ciumbuleuit!
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro First Premieres Love N Music Concert

MTV Celebrates The Most Awesome Moments 2015