Jom singgah di gerai jualan Budiey.com di Festival Jualan Amal Kami Bersamamu TV3 esok dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Esplanade, Alamanda Putrajaya. Rujuk gambar kat bawah ni. Booth Budiey bersebelahan dgn booth DRAMA BAND.
Budiey akan menjual pelbagai makanan dari dapur Budieylicious​ seperti Creampuff, Ketupat Sotong, Sambal Bilis, Ikan Pekasam dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan juga baju T Budieyators dan merchandise Budiey.com.
Jom dtg ramai-ramai. Membeli sambil menderma. jumpa korang esok okay?
Festival #KamiBersamaMuTV3 sempena sedekad rancangan khidmat masyarakat berkenaan bersiaran di TV3.
Selain Budiey.com, korang juga boleh shopping di booth selebriti popular Jaclyn Victor (Jac), Azrel Ismail, Dayana Roza, Janna Nick, Shukri Yahaya, Izzue Islam, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Sementara itu, aktiviti lain termasuk penampilan maskot Boboiboy, Upin dan Ipin, seni kraf, persembahan akustik, karaoke, lelongan barangan eksklusif, sesi ramah mesra bersama artis, seni hias kek cawan, merias kuku, solekan dan seni mengecat wajah.
Ada persembahan artis juga. Antara barisan artis popular tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Sakura Band, Sandra, Drama Band dan Aziz Harun pada konsert amal pada malam berkenaan. Dayang turut berbesar hati melelong persembahan istimewanya kepada syarikat korporat atau individu yang sudi mendermakan sejumlah dana ke Tabung TV3 Bersamamu.
Maklumat lanjut bakal dikongsikan menerusi temuramah Wanita Hari Ini bersama penyanyi Di Pintu Syurga itu pada 18 Disember (esok). Festival itu juga bakal menampilkan beberapa gerai seperti Bersamamu, Cerekarama, Bananana!, Melodi, Selera, Raudhah dan Hot FM.
Orang ramai turut berkesempatan untuk mendapatkan barangan menarik di gerai selebriti seperti Erra Fazira, Erma Fatima, Jac, Dayana, Drama Band, Encik Mimpi, Hijjaz dan ramai lagi. Selain golongan selebriti, #KAMIBERSAMAMU juga mendapat sokongan padu daripada Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).
Datang jangan tak datang!