in

Style Her Famous, Tips Solekan & Cara Dandanan di 8TV

“STYLE HER FAMOUS”  Dari gadis biasa bertukar menjadi gadis jelita…

Hari Siaran: Sabtu (bermula 29 September)

Masa Siaran: 10.30 malam

Pernahkah anda impikan untuk berjalan-jalan di tengah-tengah kota dengan penuh bergaya sehingga semua mata tertumpu kepada anda? Berita gembira buat anda, kerana 8TV dengan bangganya mempersembahkan “Style Her Famous” yang dibawakan oleh Sweet Dolly, sebuah program realiti yang memberi tip-tip berguna untuk kelihatan menarik.

Bermula pada 29 September 2007, program ini akan disiarkan sepanjang 13 episod pada setiap hari Sabtu, jam 10:30 malam. Rancangan ini bakal memberi sinar baru kepada semua wanita untuk kelihatan cantik sama ada di Malaysia mahupun di mana jua untuk kelihatan cantik dan menawan.

“8TV sangat berbangga kerana diberi penghormatan berpeluang menyiarkan rancangan berbentuk motivasi seperti ini, kerana kebanyakan wanita di Malaysia kurang berkeyakinan dalam aspek penampilan diri,” jelas Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan di 8TV.

“Gambar-gambar model dan artis yang kurus-kurus di majalah-majalah, papan iklan dan di mana-mana sahaja, menjadikan kebanyakan wanita dari semua peringkat umur merasa tertekan dan kurang kerkeyakinan untuk kelihatan menarik dan bergaya. Ini kadang kala membawa kepada diet yang tidak seimbang dan menyebabkan keyakinan diri berkurangan,” tambah Cik Airin lagi.

Setiap episod akan memaparkan calon-calon yang akan ditata rias dan diberikan imej baru diinspirasikan daripada artis-artis tertentu. Pada keseluruhannya, penonton dapat menyaksikan bagaimana calon-calon disolek dan didandan, dan yang lebih menyeronokkan apabila mereka berpeluang dibawa untuk membeli belah bagi memenuhi hasrat itu.

“Kami yakin program ini dapat membantu kita semua. Apa yang menarik tentang rancangan “Style Her Famous” ialah kita bukan sahaja dapat berkongsi petua-petua untuk kelihatan menarik tetapi juga dapat membantu menaikkan keyakinan golongan wanita. Kita hanya memerlukan sedikit inisiatif untuk menggayakan pakaian yang benar-benar sesuai dengan penampilan diri kita dan mengenakan teknik dandanan yang betul,” tambah Cik Airin lagi.

Pakar kecantikan dan fesyen Jay Manuel, yang juga muncul di rancagan America’s Next Top Super Model ini akan mengacarakan rancangan ini.

“Style Her Famous” bukan sekadar meniru gaya-gaya selebriti, tetapi juga mempelajari cara-cara dan kemahiran yang dipraktikkan oleh selebriti kelas atasan dan menggunakannya di dalam rutin seharian kita.

Untuk memepelajari tip-tip persolekan dan dandanan terkini jangan lupa untuk saksikan rancangan “Style Her Famous” eksklusif di 8TV yang juga boleh ditonton menerusi saluran 18 di Astro.

[tags]Style Her Famous, Tips Solekan, Cara Dandanan, 8TV, program terbaru 8tv, saluran terbaru astro, senarai channel astro terbaru, America’s Next Top Super Model, dream, model seksi, gambar model lucah, gambar aktres bugil, gambar model catwalk, gambar model lelaki, gambar model runway project, 3gp, video terkini percuma, tips make up pelakon, gaya selebriti hari raya, fesyen terbaru hari raya, dekorasi, tips deko, cara dekorasi hari raya[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nikki, Mila, Sarimah, Mukhsin dan Hazami

Filem ANAK HALAL Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember Ini!