in

Senarai Lima Finalis GEGAR VAGANZA 2015

Semalam, Budiey telah berada di Dewan MBSA Shah Alam untuk menonton secara langsung GEGAR VAGANZA 2015. Ya, pertama kali hadir buat liputan semalam. Di tempatkan ditempat duduk paling atas yang juga ruang peminat Siti Nordiana memberi peluang untuk Budiey memerhati penonton Gegar Vaganza. Pelbagai gelagat mereka dapat kita lihat. Rata-rata ada kreativiti sendiri untuk menyokong penyanyi pujaan masing-masing.

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah juga kepada penyanyi yang Budiey paling minat dalam Gegar Vaganza iaitu Azian Mazwan Sapuwan yang telah berjaya membuktikan dia juga masih lagi diingati. Walaupun tersingkir semalam, namun vokalnya masih lagi power dengan usia dan dah beranak ramai. Tidak mengapalah. Mungkin tiada rezeki Azian Mazwan. Beberapa kali mendapat tempat tercorot dalam Gegar Vaganza musim kedua gagal untuk mara ke peringkat akhir pertandingan.

Senarai Lima Finalis GEGAR VAGANZA 2015

Gegar Vaganza Akhir akan berlangsung pada Ahad depan. Dengarnya, tiket program ini dijual dan sekarang ini laris seperti pisang panas.

Tahniah juga kepada penyanyi Acong yang tersingkir minggu lalu tetapi mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida layak bertanding ke peringkat akhir. Fuh, memang rezeki Acong la kan. Ntah-ntah Acong akan diangkat jadi juara GEGAR VAGANZA 2015, kita tidak tahu. Minggu depan Acong akan membawakan lagu Seruan yang dinyanikan oleh Lefthanded.

Tahniah kepada lima peserta lain yang layak ke akhir ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Farahdhiya.

Siti Nordiana atau Nana bakal membawa lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain, Nassier (Gelombang Cinta – Heavy Machine), Ezad (Nur Nilam Sari – Awie), Haiza (Puisi Cinta – Ilusi) dan Farahdhiya (Janji Manismu – Aishah).

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Hos wanita itu tidak dapat mengawal emosinya selepas video Allahyarham Pak Yus ditayangkan dan telah ‘menghilangkan’ diri buat seketika. Nabil juga kelihatan sugul selepas video belasungkawa disiarkan, dan dia menenangkan sahabatnya Jihan selepas itu.

Siti Nordiana kembali menunjukkan kehebatannya apabila berjaya berada di tempat teratas selepas berjaya menyanyikan lagu Mengapa dengan baik sekali. Dengarnya, Farahdhiya hampir tarik diri kerana masalah jangkitan di peti suaranya, namun Datuk Ramli MS menasihatkan penyanyi itu supaya terus bertahan.

Jika ada Persembahan Terbaik, Haiza pasti akan menang kerana beliau adalah peserta yang penuh ‘effort’ dan gigih untuk memastikan persembahan nampak menarik.

Peserta separuh akhir diadili oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli M.S sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam adalah juri undangan.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Ia bakal bersiaran dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.

Sama-sama kita saksikan konsert akhir GV2 minggu hadapan, yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) serta saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh 12 Lagu Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu AJL 30

Tiket Konsert Final GEGAR VAGANZA 2015 Dijual Setinggi RM1000?