Hidup di bandaraya Kuala Lumpur memang nak kena berjimat cermat sekarang ni. Bukan apa kos sara hidup makin meningkat. Harga barang makin mahal. Itu tak termasuk lagi bila cakap pasal nak beli rumah kan? Nak cari rumah yang murah juga bukan main susah kalau kat KL ni. Maklumlah tanah memang limited. Terpaksalah cari rumah yang jauh tapi dapat ulang alik dengan cepat. Itu yang paling penting bagi yang kerja di KL dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Begitulah luahan ramai kawan-kawan Budiey, dah rasa rugi je nak bayar sewa rumah, baik beli je rumah kan? Kesian juga tengok diorang tercari-cari rumah yang sesuai untuk dibeli. Kriteria utama adalah jalan akses yang cepat untuk sampai di KL dan kemudahan pengangkutan yang mudah. Itu perkara nombor satu sekarang ni.
Sambil tolong kawan-kawan cari rumah, Budiey buat survey la beberapa rumah teres dua tingkat yang boleh dicadangkan kepada kawan. Antara yang Budiey jumpa ialah rumah teres dua tingkat berkonsepkan moden yang sangat sederhana, mampu milik dan jalannya pun senang je nak sampai ke KL iaitu EUSARCA.
Pada 15 November lalu, Budiey berpeluang meninjau Pelancaran Rumah Teres Dua Tingkat EUSARCA di D’Mayang Sari Sales Gallery yang terletak di PT 9889, Jalan BBN 1/3J, Putra Point, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.
Eh, memang lawa dan cantiklah rumahnya. Elok je terletak! Sungguh tak tipu. Tak caya, cuba baca sampai habis dan tengok gambar yang Budiey sempat rakam ni.
Ya, Budiey perhatikan kat Nilai, ada banyak rumah yang cantik-cantik, murah, selesa dan harganya berpatutan. Rasa bersalah pulak kalau tak kongsi dengan kawan-kawan pasal rumah EUSARCA ni. Pemaju Seri Pajam antara yang selalu membangunkan rumah untuk ruang kediaman selesa dan sihat.
Lagi pun EUSARCA ni tidaklah jauh dari Kuala Lumpur. Pendek kata, mudah untuk ke mana sahaja samada mahu ke Utara atau Selatan. Ia mudah dihubungi menerusi jalinan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Jam 10 pagi, Budiey selamat sampai setelah mengambil masa 35 minit juga dari Kuala Lumpur. Acara event kali ini sangat meriah dan lebih besar. Siap ada karnival food truck. Yang datang boleh makan kenyang-kenyang satu famili. Patutlah, awal pagi lagi dah nampak ramai orang datang untuk melihat rumah ini.
Cukup meriah sangat happening sebab banyak juga aktiviti yang sangat family-friendly disediakan di bawah khemah. Pendek kata, sesuailah kepada keluarga yang datang bersama anak-anak. Takdelah membosankan sangat sebab ada aktiviti pertunjukan silap mata, pertunjukan tarian dan ada pertandingan bakat kanak-kanak. Selain itu, ada booth foto yang unik kat sini iaitu Upside Down Photo Booth dan macam-macam lagi lah. Dah macam karnival Jom Heboh dah…
EUSARCA berkonsepkan moden kontemporari dan didirikan di kawasan landskap D’Mayang Sari, Nilai, Negeri Sembilan yang berkeluasan 64 ekar.
Jadi, alang-alang dah sampai di sini, Budiey nak ceritakan tentang keistimewaan rumah mewah di sini. Harap anda semua sudi membacanya sampai habis, okay?
Apa yang penting, semasa Budiey melangkah masuk ke kawasan rumah contoh EUSARCA ini, Budiey dapat rasakan ketenangan dan keselesaannya. Dalam hati terdetik, dalam gambar tak nampak besar, tapi apabila dah sampai sendiri kat sini.. fuh ke main luas juga kawasan D’Mayang Sari ni.
Di luarnya ada taman menghijau dengan pokok-pokok yang mendinginkan suasana. Dilengkapi juga dengan taman permainan kanak-kanak yang teduh, taman layang-layang, Linear Garden, Maze Garden dan Eco Lake. Petang-petang atau pagi-pagi bolehlah jogging keliling kawasan tasik dan taman ni.
Apabila dah terbiasa hirup udara berdebu asap kat KL ni, sekali sampai di kawasan yang udara yang tak tercemar, memang Budiey rasa lain macam.
Itu yang bagusnya, selain pembangunan yang mampan, di D’Mayang Sari Nilai ini menggalakan kejiranan yang hijau, sejuk mata memandang dan yang penting dapat membawa penghuninya lari jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan bandar yang cukup menekankan jiwa. Setidaknya di sini pasti menjamin alam semulajadi daripada tercemar, tidak seperti di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni.
Tidak sah kalau kita tak tinjau dan jenguk ke semua bilik dalam rumah EUSARCA ni. Ada empat bilik. Memang cukuplah untuk anda satu keluarga.
Ruang bilik tidur utama sangat besar ya. Yang paling penting sekali, Budiey suka sebab kamar master bedroom ni dihubungkan terus dengan balkoni yang sangat luas kat luar. Dapat jemur kain, dapat dijadikan tempat bersantai di waktu petang sambil minum kopi tu, dapat hirup udara kat luar dan dapat chit chat dengan yang tersayang. Fuh romantik gitu.
Dan kat atas ni pula kamar nombor dua yang juga terletak di ruang tingkat atas. Di ruang bawah hanya ada satu sahaja bilik. Tiga kamar ada di tingkat atas. Buatan tangga yang meghubungkan tingkat atas juga cantik kerana ia menggunakan kemasan tile seperti kayu. Jadi, takdelah licin dan ia nampak sangat elegan. Ruang di antara lantai dan syiling juga sangat tinggi dan ini menjaminkan keselesaan dan kita akan nampak bilik tu jadi luas.
Budiey sempat merakam vlog sekitar sesi tour di EUSARCA yang indah ini. Kalau mahu mendapatkan gambaran yang lebih jelas, Budiey sarankan kepada anda supaya menonton vlog Budiey kat atas ni.
KLIK: Video Vlog Budiey di EUSARCA di D’Mayang Sari.
Untuk info pembaca, EUSARCA D’Mayang Sari bebas milik ini dibangunkan oleh pemaju perumahan Seri Pajam yang mempunyai keluasan tanah dari (berapa luas?). Kira selesalah keluasannya.
Dengan gross built up 2,170 sq.ft. – 2,290 sq.ft, serta bentuk seni bina moden sederhana, EUSARCA D’Mayang Sari dibina dengan cukup lengkap bersama kemudahan asas yang lengkap. Ada empat bilik tidur, empat bilik air dan satu bilik stor. Sangat perfect la kan?
Rekaannya rumah yang cukup lega dan selesa dikelilingi dengan suasana aura yang cukup positif di mana ia dikelilingi dengan suasana kehidupan, bisnes, keseronokan dan di tengah lokasi membeli belah.
Bukak je pintu, terus nampak ruang tamu yang bukan sahaja nampak sangat luas malah ia menyuntik suasana segar sesuai dengan citarasa anda yang mementingkan keharmonian. Dapat rehat tengok TV bersama keluarga pun seronok la kan?
Hampir empat jam Budiey juga Budiey kat sana. Makan-makan dan tengok aktiviti di pentas serta meninjau suasana dalam rumah contoh.
Budiey dapat katakan di sini ianya sangat berbaloi untuk didiami. Dengan harga serendah RM497,800* Ternyata, kediaman yang disediakan oleh Seri Pajam Development ni sangat bermutu dari segi buatan dan melengkapi gaya hidup. Contohnya, pelan lantai rumah kamar tidur di bilik atas diperluaskan dan kita tak payah lagi dah nak renovate rumah kasi besar.
Perkara pertama yang diutamakan oleh setiap yang nak beli rumah tu, biarlah ada kemudahan asas seperti pusat rekreasi, sekolah, kedai dan sebagainya.
Di EUSARCA ni, korang nak apa semua ada dan boleh dapatkannya dengan mudah.
Antara fasiliti kemudahan yang ada kat sini, taman permainan, pusat perubatan Nilai Medical Center, bank ATM, kedai, restoran, pasaraya besar seperti Giant Nilai, MyDin (hanya 3 minit je naik kereta, hanya 1.5km jauhnya, Sekolah yang terdekat SJKC Kuo MIn, dekat juga dengan Universiti Sains Islam Malaysia. Malah, pengangkutan awam pun dekat juga. Kita boleh guna stesen komuter Nilai dan bas serta teksi. Nak gi ikut Lebuhraya Lekas juga dekat je hanya 11 minit sahaja. Begitu juga akan datang… penghuni akan dapat membeli belah di Pusat Membeli Belah AEON Nilai. Memang dekat sangat. Cukup lengkap segala. Nak apa cakap je, tak payah nak gi shopping jauh-jauh sampai KL semata nak cari barang.
Seperti rumah lain dari pemaju Seri Pajam ni, perumahan EUSARCA juga menitik beratkan nilai sekuriti dan penjagaan rapi untuk menjamin keselamatan dan keamanan, ia juga dikelilingi dengan landskap hijau dan untuk yang memiliki di ruang corner dan ruang belakang rumah juga sangat luas. Boleh senang dan selesa buat BBQ atau party bersama keluarga.
Paling penting juga, Seri Pajam juga memberikan hak milik kekal kepada pembeli EUSARCA. Selain itu, kawasan ini juga ada komuniti berpengawal. Selamat dan tenang itu dah tentu dah. Tak payah nak risau sangat tentang keselamatan.
Nah ini pula ruang dapur. Nanti kalau dah beli, bolehlah buat renovate dan hias dapur dengan kabinet yang anda suka.
Budiey dapat info, Seri Pajam Development menawarkan harga jualan RM497,800 seunit. Kira murah dah tu dengan rumah yang kita dapat. Kemasan tile juga diperbuat dari kemasan yang bermutu tinggi. Begitu juga dengan cat dinding dan cat luar rumah memang berkualiti.
Jika pembaca yang mahukan persekitaran dan gaya hidup mesra alam, pastikan anda mengunjungi rumah contoh di D’Mayang Sari sales gallery yang terletak di PT 9889, Jalan BBN 1/3J, Putra Point, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Atau boleh hubungi talian 06 799 2218 untuk pertanyaan lanjut. Nak emel pun boleh, sila emel kepada: [email protected]
Untuk info lanjut, Budiey syorkan kepada anda semua untuk melayari: www.seripajam.com.my. Kalau mahu LIKE Facebook pun boleh, layari: www.facebook.com/seripajam