in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Berita Keguguran di Instagram

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi berita sedih mengalami keguguran kepada 3.9 juta peminatnya di laman sosial miliknya pada hari ini, Selasa bersamaan 1 Disember 2015.

Untitled

Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec … Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.

Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct..

Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..

Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya..

Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT.

Selepas habis proses berpantang ni 😬😬 Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa, kena masuk Gym balik🙈🙈dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya…teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta, ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.

Sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah …Wassalam..”

Pada asalnya dia ingin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya itu tetapi selepas kandungan itu stabil, namun terpaksa reda dengan ketentuan Ilahi apabila dia keguguran di usia kandungannya itu dua bulan.

Berita sedih itu dikongsi Siti, 36, menerusi laman Instagramnya yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.”

Siti Nurhaliza membuat kenyataan terbuka mengenai keguguran kandungannya.

“Mula-mula Siti ingin berkongsi cerita indah namun Siti pecaya semua dugaan ada hikmah dariNya. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga.

“Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan fragile untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai. Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika,” katanya.

Tambah Siti, dia tetap bersyukur apabila sempat merasa untuk mengandungkan anaknya walaupun hanya untuk tempoh dua bulan sahaja.Malah dia percaya keguguran tersebut mungkin satu permulaan untuk dia mendapatkan cahayamata pada masa akan datang.

“Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti… Insya-Allah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” katanya.

Sehingga kini Siti mempunyai sebanyak 2.1 juta pengikut di Intagram manakala 1.8 juta di Twitter.

Siti dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! POTRET Dinobatkan Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik Muzik 30 Minggu Ke-2

Opick Mahu Berduet Dengan Dato’ Siti Nurhaliza