AirAsia, syarikat penerbangan Asean telah dianugerahkan Anugerah Integrasi Keutamaan bagi Sektor Penerbangan di Majlis Anugerah Perniagaan ASEAN ke-8 2015 semalam atas sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dan dalam industri penerbangan Asean.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
AirAsia layak untuk memasuki kategori ini di Anugerah Perniagaan ASEAN 2015 selepas telah dianugerahkan dengan anugerah Keutamaan Integrasi dalam Sektor Penerbangan di Anugerah Perniagaan ASEAN Malaysia yang diadakan pada bulan April 2015.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “AirAsia sentiasa mencari jalan untuk terus memberi khidmat yang lebih baik kepada komuniti Asean, dan kami berterima kasih dengan pengiktirafan ini. Kami telah memperkenalkan produk AirAsia Asean Pass, yang membolehkan pelancong, terutama yang berada luar dari rantau Asean supaya mereka boleh ke rantau ini dengan lebih mudah, dan produk ini telah menunjukkan sambutan yang amat mengalakkan. Kami komited untuk membina dan mengembangkan industri pelancongan dan penerbangan di Asean, dan berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak.”
Anugerah Kecemerlangan Integrasi Sektor Utama diberikan kepada syarikat-syarikat ASEAN yang paling cemerlang dan berjaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran ASEAN. Sebanyak 12 anugerah diberikan kepada setiap Keutamaan Sektor Integrasi iaitu asas tani, automotif, penerbangan, e-ASEAN, elektronik, perikanan, penjagaan kesihatan, logistik, getah, tekstil, pelancongan dan kayu.
Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad juga telah diberi penghormatan di majlis malam tadi dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN-BAC atas usaha berterusan beliau untuk meningkatkan profil perdagangan Malaysia dan ASEAN.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN-BAC diberikan kepada seorang individu yang telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang, semangat dan komitmen dan memainkan peranan aktif dalam merealisasikan matlamat dan tujuan ASEAN dalam bidang yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial atau evolusi sosiobudaya ASEAN.
Kumpulan AirAsia menghubungkan kesemua sepuluh Negara-negara Asean dengan sebanyak 149 laluan di seluruh Asean, dimana 55 daripada laluan itu adalah laluan eksklusif yang hanya dioperasikan oleh AirAsia dengan destinasi seperti, Pattaya, Pontianak, Kalibo (Boracay), Lombok, Surat Thani dan banyak lagi.
Produk AirAsia Asean Pass diperkenalkan pada Februari tahun ini, dalam usaha untuk meningkatkan pelancongan dengan menjadikan perjalanan ke rantau ini lebih mudah. Pas ini boleh didapati melalui www.airasia.com, AirAsia Asean Pass berharga RM499 bagi 10 kredit and AirAsia Asean Pass+ pada harga RM888 dengan 20 kredit.
Pemegang AirAsia Asean Pass dan AirAsia Asean Pass+ boleh menikmati kadar tetap ke lebih 140 laluan di sekitar 10 negara Asean. Bertindak seperti mata wang tunggal, mengurangkan kerumitan kadar pertukaran asing yang berbeza kerana penerbangan dinilai mengikut kredit, membolehkan tetamu menjadi kreatif dan bijak dalam merancang perjalanan ideal mereka melalui Asean.
Untuk terus mengemas kini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).