in ,

Konsert Satu Suara Vol 2 di Istana Budaya

Hari ini, maka bermulalah Konsert Satu Suara Vol 2 yang menggabungkan tiga nama besar iaitu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan dari Singapura, Datuk Ramli Sarip.

Budiey lihat di Instagram dan di Facebook, ada beberapa video teaser sekitar sesi latihan dimuatnaik oleh pengurus dan penyanyi terlibat untuk tatapan peminat. Rata-rata peminat tidak sabar dan teruja untuk melihat corak persembahan unik yang julung kali ini secara langsung di dewan berprestij itu.

Khabarnya, masalah kewangan menjadi punca Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membatalkan Konsert Bio Muzikalnya dan digantikan dengan Konsert Satu Suara Volume 2 yang akan diadakan di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Untitled

“Bukan Siti sahaja yang terkesan dengan masalah ekonomi yang melanda negara sekarang. Semua orang terasa. Penangguhan muzikal ini ada hikmahnya. Ia beri masa yang lebih panjang untuk membuat perancangan rapi untuk menghasilkan muzikal berdasarkan kisah hidup Siti,”

Siti berkata, kekangan mendapat penaja untuk konsert muzikal yang berskala besar membuatkan beliau terpaksa menggantikan kepada konsert lain selain memendekkan jumlah persembahan.

“Saya terpaksa menangguhkan konsert Bio Muzikal yang sudah dirancang lama kerana banyak kekangan terutamanya dari segi kewangan.

“Namun, saya mengantikan dengan konsert Satu Suara Volume 2 sebagai ‘plan b’ yang berlangsung selama dua hari sahaja berbanding konsert bio muzikal yang dirancang selama lapan hari,”

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Istana Budaya pada Isnin. Gabungan ketiga-tiga penyanyi ini merupakan gabungan yang pertama kali dalam sebuah konsert.

Siti berkata, pemilihan dua artis legenda itu berdasarkan pengaruh dan pengalaman mereka dalam industri seni.

“Ketiga-tiga penyanyi ini memiliki keistimewaan tersendiri terutama daripada segi vokal dan mampu menyampaikan lagu pelbagai genre muzik.

“Gabungan ini merupakan kali pertama dan merupakan tarikan utama kerana masing-masibg mempunyai peminat sendiri,” ujarnya.

Dalam konsert yang berdurasi dua jam itu Siti bakal mempersembahkan nyanyian lagu-lagu secara solo, berduet dan juga trio.

“Saya dalam proses perbincangan untuk menyanyikan lagu apa dan yang pastinya akan ada lagu-lagu sendiri, duet dan secara trio,” ujarnya.

Bakal berlangsung selama dua jam, konsert itu merupakan pilihan terbaik bagi menggantikan slot Bio Muzikal Siti Nurhaliza yang sepatutnya diadakan di lokasi yang sama.

Budiey ucapkan semoga konsert hari ini dan esok berjalan lancar. Budiey akan hadir di malam persembahan pertama yang berlangsung esok.

Budiey pernah dijemput dan hadir di Konsert Satu Suara Volume 1 pernah diadakan lima tahun lalu yang menampilkan Aizat dan Faizal Tahir.

Tiket konsert ini akan bermula Jumaat ini dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.AirAsiaRedtix.com

Ia dijual dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518.

KONSERT SATU SUARA VOLUME 2

Konsert Satu Suara Vol 2 di Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Teater MUZIKAL MAK CUN

Pengalaman Emas ASK 2015 Bersama Syarul Ridzwan, Siti Saleha & Bunkface