in ,

Sisi Komedi Eman Manan Dalam Telefilem NASI AYAM DUDA

Pelakon berkarisma Eman Manan seringkali membawakan watak serius dalam drama mahupun filem lakonannya. Ternyata watak yang dibawakan memberikan impak yang tersendiri dan melekat di hati penonton.

Namun menerusi telefilem “Nasi Ayam Duda” diterbitkan Cinematic Pictures, arahan Othman Hafsham yang disiarkan pada 10 November ini, pukul 10.00 malam menerusi slot Citra di TV2, pelakon terkenal dengan karektor tegas ini tampil dengan sisi berbeza membawakan watak komedi.

eman-manan

Telefilem bergenre komedi dan berkonsepkan 1Malaysia itu mengisahkan perjalanan hidup seorang duda bernama Sani (Eman Manan) yang mempunyai sebuah kedai menjual nasi ayam yang popular di ibu kota. Sani juga aktif dalam persatuan penduduk ditempat tinggalnya. Sifatnya yang ceria menyebabkan penduduk dikawasan perumahannya senang dengan Sani terutama sekali Selva dan Reggie Tan. Mereka selalu berbincang pasal persatuan penduduk di kedai nasi ayam Sani untuk melakukan aktiviti seperti gotong royong,sukan penduduk dan sebagainya.

Dalam keceriaannya Sani sebenarnya kesunyian. Dia rindukan arwah isterinya. Sani cemburu bila lihat Reggie Tan dan Petrina yang romantik di kedai nasi ayamnya hingga Sani berangan sedang makan malam dengan seseorang. Tetapi yang muncul Timah, pembekal ayamnya padahal mereka berdua sering bergaduh tapi sebab harga ayam murah, Sani terpaksa layankan sahaja perangai Timah yang kasar macam lelaki tu.

Berbeza dengan anak mereka Jimi (Azrel Ismail) dan Elly (Ayu Ruhaizah) yang merupakan sahabat baik. Mereka pening tengok gelagat ibu bapa mereka. Kemuncaknya, Timah mengejar Sani dengan parang bila Sani marah Timah sebab lambat hantar ayam sedangkan van Timah rosak di tepi jalan.

Sejak itu Sani tak ambil ayam dari Timah. Mereka tak berjumpa. Dari situ perasaan rindu mula muncul dalam diri masing- masing. Timah dalam diam ingin berjumpa Sani dan minta maaf tapi ternampak Sani bermesra dengan Ritadewi. Timah membatalkan niatnya bertemu Sani.

Sementara itu perwatakan Ritadewi yang lembut dan bersifat keibuan semakin membuatkan Sani terpikat padanya. Mereka seperti belangkas. Timah makin cemburu.

Keadaan jadi kecoh bila salah seorang pelanggan menemui lipas dalam pinggan nasi ayamnya. Sani terkedu. Sejak dari itu tak ramai yang datang makan nasi ayam Sani. Sani kecewa sebab dialah punca kepada kejatuhan kedai nasi ayamnya itu. Rupanya Ritadewi telah mengupah pemuda yang membuat kecoh itu.

Timah berjaya merakam perbuatan tersebut dengan telefon bimbitnya. Timah, Elly dan Jimi jumpa Sani tapi Sani tak percaya. Timah cuba tunjuk bukti sebaliknya gambar Timah berkebaya pula yang muncul. Timah malu.

Kebenaran terserlah, Sani akhirnya ternampak dan rakam sendiri Ritadewi membuat agenda bersama orang upahannya untuk membuat onar direstoran Sani. Sani dan yang lain buat perangkap. Ritadewi dan konco-konconya terperangkap.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Lantera Timur Dato’ Siti Nurhaliza Meriahkan Deepavali di TV1

Senja Merah Filem Pertama Lakonan Faizal Hussein