in

Krew Produksi The Biggest Loser Asia Tidak Cekap?

Tahniah! Tahniah untuk finalis daripada Indonesia, David Gurnani, berusia 25 tahun kerana telah dimahkotakan Juara Biggest Loser Asia musim pertama yang telah bersiaran jam 10.15 malam 9 Mac 2010.

Budiey turut berada di dewan Finas untuk menyaksikan empat orang finalis menimbang berat badannya. Martha, David, Aaron dan Carlo telah membuktikan kemampuan mereka untuk menghilangkan berat badan.

Bercakap pasal juara King David, dia masuk program yang tak punya skrip ini dengan berat 157kg dan berjaya mempertahankan tempat teratas setiap kali sesi menimbang berat. Semasa episod sebelum finale minggu yang ditayangkan minggu lepas, David telah hilang 55kg. Bermakna dia dah hilangkan berat sebanyak 28kg semasa berada di rumahnya.

Ramai yang menyangkalkan kemenangan King David kerana rupa bentuknya terlalu nampak seperti orang sakit dan sangat lemah.

Famili satu-satunya finalis dari Malaysia, Aaron. Famili Aaron turut memberi sokongan walaupun tak seramai penyokong dari David, sekurang-kurang memberi semangat buat Aaron. Budiey rasa berat badan Aaron dah cukup okay berbanding dahulu. Ramai yang kata, badan Aaron tak nampak kurus seperti David dan Carlo.

Budiey bersetuju dengan kenyataan Berita Harian yang mengatakan kru produksi TBLA sangat lembab dan tidak peka dengan masalah yang bakal dihadapi sehingga membuatkan penonton rasa bosan.

Ini dia antara famili Carlo yang hadir. Mereka semuanya gembira dengan pencapaian Carlo.

Peserta yang paling berat, Kevin yang selalu tersenyum tapi tak banyak cakap.

Akibat terlalu lama menunggu, beberapa media dan penonton terpaksa keluar dari dewan. Rakaman sepatutnya bermula jam 10 pagi. Di mana pendaftaran pada jam 9 malam.

Selain Dina, selebriti yang sempat Budiey ambil gambar ialah Syanie. Beliau adalah antara peminat setia program realiti ini. Tak pernah miss. Mesti tengok.

Tu diaa… penyokong David dari Indonesia adalah antara penyokong yang paling ramai hadir. Meriah dengan memakai T-shirt hitam. dan mereka sebenarnya adalah famili terdekat David.

Kemenangan David seakan sudah boleh diduga menerusi pencapaiannya yang memberangsangkan setiap minggu.

Rakaman akhir The Biggest Loser Asia diganggu masalah teknikal sehingga jejas tumpuan penonton

Tahniah juga kepada Zenny yang telah berjaya menjadi juara TBLA at home!

Kevin yang pendiam… dah nampak kurus sikit.

Tahniah juga buat trainer Zenny yang berjaya menguruskan Zenny. Dan sebagai hadiahnya beliau akan diberikan percutian ke Gold Coast Australia.

Peserta yang tersingkir yang tak berjaya kuruskan badan.

Rasanya semua orang dah tahu, Hafiz loves Christine. Mmm… romantiknya.

THE Biggest Loser Asia adalah program terbitan antarabangsa Hallmark, bagaimanapun apa yang menyedihkan sesi rakaman pertandingan akhirnya yang berlangsung di Studio Finas, baru-baru ini tidak setaraf namanya.

Terlalu banyak gangguan yang berlaku ketika rakaman berlangsung seolah-olah persiapan rapi langsung tidak dibuat sehari sebelum rakaman sebenar. Bermula dengan rakaman yang bermula tersangat lewat, tetamu diundang jam 9.30 pagi tetapi rakaman hanya bermula jam 12 tengah hari. Rakaman juga tidak berlangsung lancar kerana masalah demi masalah timbul dari awal hinggalah ke akhir rakaman yang berlangsung selama tiga jam itu. Bermula dengan gangguan kepada ‘steady-cam’ menyebabkan rakaman terpaksa dibuat semula diikuti pula dengan gangguan tenaga elektrik. Tidak terhenti setakat itu, rakaman sekali lagi terpaksa dibuat semula apabila video peserta pula salah diputarkan.

Bayangkan studio yang penuh awalnya hingga tetamu terpaksa duduk di tangga, menjadi semakin berkurangan orang kerana ramai tidak menyangka proses rakaman akan berlangsung sebegitu lama. Selesai dengan masalah memutarkan video yang salah, penonton terpaksa menunggu selama hampir setengah jam lagi berikutan warna yang tertera pada nama peserta salah, tidak mengikut warna kumpulan diwakili mereka.

Gangguan itu saja menyebabkan rakaman tertangguh agak lama kerana ketika itu barulah kru produksi tercari-cari cara untuk menyelesaikan masalah itu. Bagai menyelesaikan masalah itu saja, hampir 10 orang berkerumun, masing-masing seperti tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Adakah rakaman pertandingan akhir ini dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa hingga timbulnya pelbagai masalah pada saat akhir? Atau mungkin kerana tiadanya persiapan rapi maka pelbagai masalah timbul?

Sarimah menyelongkar kembali rahsia & juga perkembangan terbaru peserta yang telah terkeluar. Ramai antara mereka dah kurus.

Peserta Indonesia diangkat juara

DARI 157 kilogram, pemuda dari Indonesia David Gurani, 25, berjaya menurunkan berat badannya sehingga 74 kilogram pada sesi timbangan akhir. David meninggalkan jauh tiga lagi finalis yang bersama-samanya melangkah ke final iaitu Carlo Antonio Miguel, 32 (Filipina); Martha Lai, 20, (Hong Kong) dan Aaron Mokhtar, 30, peserta dari Malaysia.

Carlo yang mempunyai berat badan 132 kilogram berjaya menurunkannya kepada 83 kilogram. Sementara Martha pula dari 127 kilogram kepada 87 kilogram dan Aaron pula dari 159 kilogram kepada 99 kilogram.

Dengan kemenangan itu, David yang berkerja sebagai seorang jurujual membawa pulang wang tunai bernilai ASD100,000 (RM340,000) serta sebuah kereta pacuan empat roda tajaan Renault.

David yang sudah bertunang bercadang menggunakan wang berkenaan untuk menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini. Dia juga bercadang menggunakan wang itu untuk membeli sebuah rumah sebagai persediaan untuk berumahtangga.

Ditemui ketika sesi sidang media, David berkata, dia bimbang akan kembali menjalani hidup seperti dulu, apatah lagi keluarganya besar. Setiap kali bertemu, mereka akan menghabiskan masa dengan makan malah bapanya juga mengalami obesiti.

Oleh kerana bimbang akan kembali seperti dulu dan kerana tekad mahu merebut wang tunai lumayan yang ditawarkan, David berkerja keras untuk menurunkan lagi berat badannya. Latihan yang dijalani agak ekstrim apabila dia menghabiskan masa sekitar 8 hingga 10 jam sehari untuk bersenam.

Carlo dah nampak bermaya berbanding David.

“Senaman yang saya lakukan selama 8 hingga 10 jam sehari memang melampau. Saya buat semua itu kerana ingin menang, saya mengakui cara itu salah. Sepatutnya senaman hanya dilakukan paling lama sekitar dua jam.

“Tempoh sebulan yang diberikan saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Selain senaman, saya juga amat menjaga pemakanan. Amalan pemakanan yang saya amalkan adalah berpandu kepada apa yang diajar di asrama dulu. Saya juga ada merujuk kepada laman web The Biggest Loser Asia resipi sesuai untuk mereka yang mahu berdiet.

“Sewaktu dibenarkan pulang, pada mulanya saya enggan dan sangat takut. Saya bimbang tak dapat melakukan apa yang kami lalui sepanjang di asrama kerana di situ kami ada pelatih. Tetapi apabila pulang ke rumah, tiada semua itu,” katanya yang turut dikenali sebagai ‘King David’.

David juga berkata, dia beruntung berbanding Carlos dan Aaron kerana mereka sudah berumah tangga. Justeru, waktu untuk bersenam agak terbatas kerana mereka perlu membahagikan masa dengan keluarga. Memandangkan dia masih lagi single, David dapat meluangkan masa sepenuhnya di gimnasium tanpa perlu bimbang mengenai keluarga.

“Bagi saya tidak berbaloi jika memasuki pertandingan tetapi kalah. Sebab itu sebaik pulang saya memang menghabiskan masa di gimnasium saja. Saya tahu cara saya tidak sihat, oleh itu selepas program ini, saya bercadang untuk menambahkan sedikit berat badan dan membentuk tubuh,” katanya.

Sementara itu peserta dari Malaysia, Aaron Mokhtar yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 60 kilogram berkata, dia akan terus mengamalkan cara hidup sihat selepas ini. Selain mengawal pemakanan, bapa kepada dua cahaya mata ini juga akan menjalani latihan senaman seperti biasa. – Berita Harian

The Biggest Loser Asia yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim mula diperkenalkan pada November lalu. Menerusi kunjungan ke empat bandar besar di Asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, sebanyak 26 peserta ditemui. Mereka kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Merah dan Biru serta perlu menjalani latihan selama
tiga bulan di bawah seliaan dua tenaga pelatih iaitu Dave Nuku dan Kristy Curtis.

The Biggest Loser Asia BEST!

Syanie ada menyarankan, kenapa tidak adakan TBL versi Malaysia pulak. Mesti best!

Sempat bergambar dengan trainer Blue Team, Dave Nuku~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alyah Nafi Fitnah Jual Tubuh, Ditaja Sugar Daddy & Ada Hubungan Sulit

Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Bila Musang Berjanggut