Bagi menghangatkan lagi bahang Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) dan membuka peluang kepada penonton setia TV3 untuk turut serta dalam majlis penuh gilang-gemilang ini, TV3 telah melantik Yana Samsudin dan Syafiq Kyle sebagai Duta Media Sosial ASK 2015 dan Peraduan Cabaran #ASK2015 yang akan berlangsung dari 21 Oktober hingga 2 November 2015.
Ingin menjadi pemenang bertuah menonton ASK 2015 pada 8 November bersama bintang menerusi Peraduan Cabaran #ASK2015 ini? Anda hanya perlu melakonkan semula satu babak dalam salah sebuah drama bersiri yang bertanding dalam kategori Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial iaitu Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati. Muat naik video tersebut berserta hashtag #CabaranASK2015 di laman Instagram anda. Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan untuk tatapan umum.
YANA SAMSUDIN & SYAFIQ KYLE MENCARI TEMAN HADIR KEANUGERAH SKRIN 2015
Hanya seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang perempuan akan dipilih oleh Yana Samsudin dan Syafiq Kyle sebagai teman mereka untuk hadir ke ASK 2015 nanti. Dua pemenang tersebut juga menerima layanan istimewa dalam mempersiapkan diri ke acara karpet merah bersama-sama Yana Samsudin dan Syafiq Kyle. Ikuti laman Instagram @yanasamsudin dan @thesyafiqkyle untuk perkembangan terkini.
Selain itu, jangan ketinggalan untuk mengundi di laman Twitter & Instagram anda sehingga 5 November bagi menentukan pemenang dalam kategori Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihan anda iaitu #rinduawak200peratus, #setitiskasihdarmia atau #tentanghati berserta dengan #ask2015. Akaun Twitter atau Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum untuk proses pengiraan undi.
Babies Blinks Gold sebagai penaja utama ASK 2015 juga menganjurkan Peraduan #ImpianASK di Instagram yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 dan juga tiket VIP Anugerah Skrin 2015 kepada para pemenang. Untuk menyertainya, anda perlu ‘follow’ @impianask. Muat naik gambar selfie anda bersama produk Babies Blinks Gold. Gambar dan slogan paling kreatif dengan hashtag #impianask dan #ask2015 akan dipilih sebagai pemenang. Akaun Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum. Peraduan ini berlangsung dari 22 September – 31 Oktober 2015.
Layari laman web www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Hangatkan lagi perbualan di laman sosial dengan hashtag #ask2015.