Nah! Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini!
[dropcap]A[/dropcap]nda pengikut setia filem bermutu dari Grand Brilliance? Adakah anda teruja menantikan filem paling komedi tahun ini LOVE, SUPERMOON berada di pawagam? Anda mahu menghadiri Majlis Gala Filem LOVE, SUPERMOON bersama para pelakon utama Farid Kamil, Nadiya Nisaa dan ramai lagi?
Ya, ini sahaja peluang anda untuk menjadi penonton pertama yang menonton filem romantik ini! Sebagai pemerhati perkembangan filem, Budiey juga seperti korang semua, turut merasa teruja untuk jadi penonton pertama dan tak sabar nak menantikan respon orang ramai khususnya anda semua yang suka lepak di laman sosial.
Filem ini juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Razak Ahmad, Diana Johor, Zain Saidin.
Filem LOVE, SUPERMOON bakal memukau di pawagam mulai 22 Oktober 2015 ini.
Sinopsis Filem LOVE, SUPERMOON
Filem Love, Supermoon mengisahkan tentang hero dan heroin yang menjalani kehidupan masing – masing dan hanya bertemu di majlis perkahwinan, kenduri atau parti yang dianjurkan oleh kawan – kawan mereka. Kedua – dua hero dan heroin ini hanya kenal masing – masing melalui gosip yang dibual tetapi berlagak seakan- akan tidak mengenali apabila bertemu sesama mereka.
Razak (Farid Kamil) 27, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya. . Razak merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar – tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan – rakannya yang lain. Razak juga merupakan seorang ‘playboy’ dan sering bertukar – tukar pasangan.
Triz (Nadiya Nisaa’) 26 pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat – syarikat penerbitan. Triz mempunyai seorang teman lelaki yang amat dicintainya iaitu Azman (Azhar Sulaiman), seorang kerani di tempat kerja yang sama. Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh rakan-rakanya. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.
Selepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz bertemu dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.
Ingin ketahui sejauh mana gosip mereka dan kesudahannya dan apakah kaitan bulan Supermoon dengan kisah mereka? Saksikan kisah romantic paling kelakar dalam filem Love, Supermoon 22 Oktober ini!
Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem LOVE, SUPERMOON
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Primeworks Studios Sdn Bhd ingin menghadiahkan 10 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di Malam Gala ini:
Tarikh: 20 Oktober 2015 (Hari Selasa)
Masa: 7.30 malam
Tempat: Cathay Cineplex, E@Curve, Mutiara Damansara
Theme: Black & Red
Sebanyak 10 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan hanya mencipta slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem LOVE, SUPERMOON bersama selebriti jemputan.
Ingat hashtag ini: #LoveSupermoon
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Gala Filem LOVE, SUPERMOON ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu kepada emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #LoveSupermoon. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu hadir di Malam Gala #LoveSupermoon sbb…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
3. Sila emelkan slogan anda itu:
Slogan: Saya hadir di Malam Gala #LoveSupermoon kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan slogan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Ke Malam Gala LOVE, SUPERMOON
Tarikh tutup peraduan:
19 Oktober 2015
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Grand Brilliance dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 22 Oktober 2015.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.