Di samping kota-kota besar Jepun seperti Tokyo dan Osaka, Nagoya juga merupakan salah satu kota di Jepun yang sangat terkenal di kalangan para pelancong. Ini kerana Nagoya mempunyai ajnas bangunan moden dan pusat-pusat perindustrian. Jepun. Jadi tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak tempat penginapan di kota yang sangat menarik ini.
Terletak megah di Nagoya, ANA Crowne Plaza Grand Court Nagoya merupakan sebuah hotel perniagaan bertaraf dunia yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu rangkaian hotel terbesar di Jepun di bawah kumpulan ANA dan IHG, Crowne Plaza berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.
Lokasi hotel ini adalah di salah sebuah kawasan pusat Nagoya di mana ia terletak betul-betul di sebelah stesen Kanayama yang dihubungi dengan beberapa jalur pengangkutan awam seperti keretapi, dan juga keretapi bawah tanah. Ini menjadikannya amat mudah untuk ditujui. Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen subway tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Perjalanannya tidak sampai lima minit! Lebih menarik lagi, hotel ini juga berdekatan tempat-tempat makan dan pusat membeli-belah yang memudahkan para tamu untuk mencari keperluan harian. Ini juga membuatkan hotel ini memang sesuai dijadikan tempat untuk bertemu dan bermesyuarat.
Dengan 246 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota Nagoya dan persekitarannya dengan penuh gah. Ia mempunyai beberapa jenis bilik yang memenuhi kehendak setiap jenis tamu.
ANA Crowne Plaza Grand Court Nagoya juga mempunyai lima buah tempat buat menjamu selera iaitu Karin sebuah restoran Cina, Tankuma Kitamise untuk mencuba sajian Jepun, Kenzan untuk Sushi serta Lobby Lounge dan Orchid Garden untuk sajian antarabangsa. Tidak lupa juga Star Gate untuk menikmati minuman dan makanan di tingkat 30 hotel dengan pemandangan atas Nagoya yang sangat menakjubkan.
Ia juga mempunyai 10 bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama yang boleh memuatkan sehingga 400 orang untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.
Dengan lokasinya bersebelahan stesen Kanayama, ia memudahkan tamu hotel untuk ke mana sahaja di sekitar Nagoya, dari Istana Nagoya sehinggalah pusat akuarium bandar tersebut, semuanya mampu dijangkau dari lokasi hotel ini. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik di Nagoya, singgahlah di ANA Crowne Plaza Hotel Grand Court di Nagoya kerana ia benar-benar kemudahan yang senang dikecapi!
Sungguh mudah menginap di ANA Crowne Plaza Grand Court Nagoya!
oleh Shah Shamshiri