in

Dua Lagi Peserta Ke Finale Bintang Ai-Minnal 1Malaysia

2 LAGI BAKAL KE AKHIR BINTANG Ai-MINNAL 1MALAYSIA

Hanya menunggu empat nama lagi sebelum berlangsungnya Pertandingan Akhir Bintang Ai-Minnal 1 Malaysia pada 11 April 2010 kelak. Justeru sebagai melengkapkan lagi dua nama yang layak, dilangsungkan peringkat separuh akhir ketiga pada 21 Mac 2010 (Ahad), jam 4.00 petang di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang bersiaran menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Enam peserta yang bakal beradu bakat serta kemampuan vokal minggu ini, masing-masing dua peserta dari Sarawak, Thian Eik Cher dan Patmasri Dewi A/P Jothiswaran mempertaruhkan lagu pilihan mereka selain empat peserta melibatkan Tan Hui Wey berasal dari Pahang, Vimalan A/L Balapalani (Perak), S.Joseph A/L Stephen (Selangor) dan Bonny Lin Vun Seng (Sabah).

Thian Eik Cher yang ingin dikenali sebagai Esther, 21, bakal berkongsi pentas dengan lagu Teringin manakala pesaingnya Patmasri Dewi A/P Jothiswaran (Dewi), 20, pula memilih mendendangkan lagu Destinasi Cinta. Sementara peserta termuda bertanding dalam peringkat separuh akhir ketiga ini yang juga penuntut Tingkatan Empat, Tan Hui Wey (Wey), 16 pula tampil mendendangkan lagu popular Dato’ Siti Nurhaliza bertajuk Cahaya Cinta.

Tiga peserta lelaki yang bertuah berkongsi pentas merebut tempat ke peringkat akhir pula adalah seorang pegawai bank, Vimalan A/L Balapalani (Jo), 26, dengan lagu Hanya Nyanyian Dalam Sepi, S.Joseph A/L Stephen (Bambang), 28, mendendangkan lagu Ke Mana Ku Bawa Hati Yang Rindu sebelum diakhiri persembahan Bonny Lin Vun Seng (Bonny), 20, menjanjikan persembahan mantap lagu Mungkir Bahagia.

Saksikan juga kemunculan Ana Rafali, Nubhan dan Sarah Raisuddin yang membawakan lagu popular masing-masing.

Terdalu empat peserta Chua An Qi (Angela), Iris Perrine a/p Vethamoni (Iris), Lee Kar Wei (Jess) dan Marian Shanti a/p Danaraj Jackson telah terpilih layak ke peringkat akhir.

Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 diterbitkan hasil kerjasama dua stesen radio nasional RTM berbahasa Mandarin dan Tamil iaitu Radio Malaysia AiFM dan Radio Malaysia MINNALfm (Tamil) yang disiarkan setiap Ahad, jam 4.00 petang di TV2.

Pertandingan yang diacarakan oleh DJ Muaz dari Radio Malaysia MuzikFM ini disiarkan selama enam minggu berturut-turut bermula dengan pertandingan Separuh Akhir Pertama (7 Mac 2010), Separuh Akhir Kedua (14 Mac 2010), Separuh Akhir Ketiga (21 Mac 2010), Separuh Akhir Keempat (28 Mac 2010), Konsert Pra Akhir (4 April 2010) dan kemuncak Peringkat Akhir (11 April 2010).

Setiap minggu, tiga peserta berbangsa Cina dan tiga peserta berbangsa India akan mempertaruhkan bakat-bakat masing-masing untuk memilih yang terbaik dan penjurian lebih mengutamakan aspek vokal serta sebutan kerana setiap peserta perlu menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dalam apa sahaja genre muzik. Peringkat akhir, hanya lapan peserta dipilih iaitu empat berbangsa Cina dan empat berbangsa India.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000.00, kedua RM 15,000.00, ketiga RM 10,000.00 dan Peserta Paling Popular RM 5,000.00 yang dipilih berdasarkan undian SMS.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ain AF8 Bakal Juara Akademi Fantasia 8

Aril AF7 Ganti Jimmy Shanley Jadi Hos Trek Selebriti