in

8TV Menyerlah di Phoenix Awards

Sekali lagi usaha kami membuahkan hasil! Stesen televisyen paling hip di Malaysia, 8TV sekali lagi telah memenangi Anugerah Pheonix yang telah dilangsungkan di Singapura pada 11 Februari 2010 yang lalu.

Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh AdAsia, iaitu sebuah peneraju utama majalah iklan dan industri pemasaran di Asia, Anugerah Pheonix adalah salah satu anugerah yang menghargai kreativiti dan kemahiran yang tinggi para professional dalam pembuatan filem komersial, video dan imej digital untuk tujuan iklan dan promosi.

Terdapat pelbagai majilis penganugerahan yang mengiktiraf hasil filem, pelakon filem, program televisyen, dan penyampai televisyen, namun Anugerah Pheonix adalah berbeza. Anugerah Pheonix mempunyai tujuan utama iaitu untuk mengiktiraf hasil kerja individu dan menghargai kerja keras profesional di belakang tabir dalam menghasilkan video komersial dan promosi, yang ditayangkan di televisyen, pawagam, internet dan juga telefon bimbit. Majlis anugerah ini adalah untuk mengiktiraf pengarah terbaik, jurukamera terbaik, pereka animasi, pengarah seni, pereka set, editor, komposer, jurutera bunyi dan lain-lain lagi.

Pada malam Majlis Penganugerahan Anugerah Pheonix lalu, 8TV telah mengungguli 3 anugerah dalam 2 kategori yang berlainan. Anugerah pertama yang dimenangi ialah dalam kategori `Opening Credits’ (Montaj pembukaan) atau `Titles for TV Programme’ dengan berjaya merangkul perak dalam usaha 8TV menghasilkan Shout! Awards 2009. Selain itu, perak dan gangsa juga diraih dalam kategori “Campaign to Promote Feature Film or TV Series” untuk hasil kerja luar biasa mereka dalam promo Legend of Bruce Lee dan Desperate Housewives Musim 5.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua ahli keluarga 8TV! 8TV mempunyai warga kerja yang sentiasa bertenaga dan bergerak aktif dari semasa ke semasa. Sejak tahun pertama lagi kami bertapak dalam industri televisyen, 8TV telah banyak memenangi anugerah di dalam negara mahupun asia, kami telah berjaya sekali lagi dan kami akan pastikan ianya berterusan, “ kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

“Bakat-bakat muda di 8TV sentiasa menyumbangkan idea yang inovatif dan segar untuk menghasilkan kandungan dan program yang terbaik, sentiasa memberi penonton pengalaman yang baru dan menarik apabila menonton 8TV,” kata Kim.

Tambah Kim lagi, “Kami amat bangga menjadi sebahagian warga kerja 8TV dan yakin bahawa mereka ini akan berterusan menghasilkan kerja yang baik untuk memikat ramai lagi penonton setia 8TV.”

Pencapaian:

PERAK
Kategori : Opening Credits/Titles for TV Programme
Program : Shout! Awards 2009

PERAK
Kategori : Campaign to Promote Feature Film or TV Series
Program : Legend of Bruce Lee

GANGSA
Kategori : Campaign to Promote Feature Film or TV Series
Program : Desperate Housewives Yr. 5

Pasukan Kreatif 8TV:

1. Douglas Khoo
2. Eleana Lim
3. Loh Yeah Hui
4. Koh Tsu Ann
5. Jaemy Choong
6. Poh Wen Siang
7. Lam Kian Boon
8. Katherine Choo
9. Chuah Shoon Khee
10. Mun June Yeign
11. Jo Lai
12. See Wai Hoong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Make The Official Video

A Journey Called Life