Setakat ini, Siti Nurhaliza ada lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian. Jika dihitung nilai kesemuanya itu, tidak mustahil koleksi Siti itu mencecah ratusan ribu ringgit! Mewah, bergaya dan elegan… bukan untuk bermegah-megah dengan kemewahan yang dikecapi malah sekadar ingin kepuasan diri sendiri. Mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk sebuah beg itu bukan isu besar kerana Siti Nurhaliza punya banyak wang. 11 tahun berada dalam industri muzik… RM30,000 untuk satu show… mmm… bayangkan saja.
Berapa agaknya wang yang Siti habiskan untuk membeli sebuah beg Louis Vuitton? Semesti bukan satu, bukan dua… agak-agaknya berapalah koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakah barangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?
Kata-kata Siti Nurhaliza apabila ditanya tentang koleksi Louis Vuitton kegemarannya;
“Memang, apabila dilihat pada harganya, pasti ramai yang akan mengatakan dan mengandaikan ia merupakan satu kerugian besar tetapi tidak pada saya. Ia memberi satu kepuasan dan semuanya untuk pelaburan jangka masa panjang. Apabila sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan, saya terpaksa bekerja keras bagi menampung balik jumlah yang telah saya gunakan untuk membeli barangan LV itu. Saya gunakan LV atau barangan jenama mewah yang lain bukan untuk menunjuk atau riak, tetapi saya rasa, itu merupakan satu penghargaan untuk diri saya setelah bekerja keras. Malah, saya mementingkan pada kualiti dan saya berbangga memiliki barangan mewah atas usaha saya sendiri. Kalau sekali belanja di butik LV, sekurang-kurangnya RM10,000 saya belanjakan. Itu semua bergantung kepada jenis barangan yang saya beli.” – Utusan Malaysia
Antara barangan LV milik Siti adalah kasut sebanyak 10 pasang serta enam utas jam tangan. Malah, kalau ada yang masih ingat lagi, salah sebuah hantaran yang diterima Siti pada majlis pernikahannya 21 Ogos tahun lalu juga merupakan sebuah tas tangan edisi terhad berjenama LV. Siti pernah menggayakan tas tangan tersebut sewaktu menghadiri Anugerah Planet Muzik di Singapura, Mei lalu.
Terkini, Siti Nurhaliza sedang giat menjalani latihan lakonan dan persembahan untuk sebuah pementasan Teater Muzikal P.Ramlee The Musical di Istana Budaya pada 18 Oktober 2007 – 03 November 2007. Selain Datuk Siti Nurhaliza, pelakon lain yang terlibat adalah Sean Ghazi, Liza Hanim, Melissa Saila, Chedd Yusuf, Atilia, Infinatez, Luscious, Zeqhty (audition2), Azrul (DJ SuriaFM), Baby, Ei Ein (res2), Douglas Lim, Megat Sharizal dan ramai lagi. Muzikal ini diarahkan oleh Adlin Aman Ramlee dan Zahim AB, koreografi oleh Pat Ibrahim, Set oleh Raja Malek, Muzik oleh Erwin Gutawa dan lagu oleh Dick Lee
Apakah teater ini akan pecah panggung seperti mana Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang? Budiey rasa, jawapannya ya! Tiket sedang dijual dan khabarnya laris seperti goreng pisang panas. Anda sudah mendapatkan tiketnya?