in

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil Buka Tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

“Main Wayang: Hikayat Sang Kancil” membuka tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016. Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016 atau Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016 (YSDAF2016) akan membuka tirai pada bulan Ogos ini dengan persembahan satelit yang pertama berjudul “Main Wayang: Hikayat Sang Kancil”.

Menggabungkan elemen tradisional yang biasanya didapati di dalam persembahan wayang kulit dengan animasi digital, lakonan langsung dan juga seni visual dan efek audio, ia merupakan buah tangan DAM Interactive di bawah arahan Fairuz Sulaiman, seorang penggiat seni muda tempatan yang dikenali sangat aktif menjulang nama negara di persada antarabangsa.

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil Buka Tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

WAYANG KULIT DIBERI NAFAS BARU – BAKAL BAWA TARIKAN KEPADA GENERASI BARU

Bagi persembahan ini, DAM Interactive akan bergabung tenaga bersama kanak-kanak dan remaja di bawah Yayasan Chow Kit (YCK) – sebuah NGO yang ditubuhkan khusus untuk menjaga kebajikan dan hak kanak-kanak dan remaja bermasalah khususnya dari kawasan Chow Kit. Ini juga adalah bersesuaian dengan tema YSDAF edisi 2016 iaitu, ‘Arts Education + Future’ atau ‘Pendidikan Seni + Masa Hadapan’, justeru menggalakkan lagi inovasi kreatif di kalangan generasi baru Malaysia.

Dengan asal-usulnya yang masih dianggap misteri, wayang kulit dikatakan berusia lebih daripada 250 tahun dan sangat popular di bahagian Pantai Timur Malaysia, terutamanya Kelantan di mana ia dianggap warisan seni yang tinggi.

Kesan dari urbanisasi dan pengaruh hiburan moden, wayang kulit kini semakin dilupakan. Justeru ia menjadi misi dan objektif DAM Interactive untuk mengembalikan semula ingatan masyarakat umum Malaysia kepada seni warisan ini dengan olahan semula hikayat dongeng Sang Kancil yang sangat disayangi dan dikenali ramai.

Sejak dipersembahkan buat kali pertama di Festival Seni Damansara Performing Arts Centre (DPac) tahun lepas, interpretasi baru wayang kulit ini yang kini dikenali sebagai ‘main wayang’ telah dikembangkan menjadi satu siri kelas lakonan kanak-kanak yang dipanggil ‘Sekolah Main Wayang’. “Persembahan kami di DPac mendapat sambutan yang sangat luarbiasa dan ia mendorong kami untuk menganjurkan kelas lakonan ini. Tahun ini sahaja kami telah mengadakan tiga kelas lakonan di sekolah menengah serata Malaysia di bawah program Mentor Rakan Muda. Peluang untuk berkolaborasi bersama kanak-kanak dan remaja YCK dan membuat persembahan bagi YSDAF2016 adalah sesuatu yang sangat hebat dan merupakan kelangsungan organik bagi karya ini” kata Fairuz.

Khas buat YSDAF2016, Fairuz bersama ahli kumpulannya telah membuat pembaharuan kepada karya Hikayat Sang Kancil, lengkap dengan gubahan baru muzik dan set persembahan, serta skrip dan kandungan yang baru ditulis sendiri oleh kanak-kanak dan remaja YCK, “YCK dipilih kerana kami ingin menonjolkan hikayat ini dalam suasana urban di mana kanak-kanak dan remaja-remaja ini dilahir dan dibesarkan. Tentunya menarik untuk umum melihat interpretasi ini dan bagaimana ia diterjemahkan secara kreatif dalam satu persembahan multimedia yang lengkap. Interpretasi baru ini merupakan satu persembahan yang sangat interaktif dan kami harap ia dapat menghiburkan penonton dari segenap umur”.

Melibatkan 18 orang kanak-kanak dan remaja-remaja dari YCK yang berusia di antara 14 hingga 17 tahun, Hikayat Sang Kancil akan dipersembahkan keseluruhannya oleh kanak-kanak dan remaja-remaja ini. “Di dalam kelas lakonan atau ‘workshop’ yang kami anjurkan, mereka diajar cara untuk membuat topeng dan boneka yang bersesuaian untuk persembahan wayang kulit, mengubahsuai alat-alat muzik mainan, teknik lakonan serta persediaan yang perlu dilakukan sebelum sesuatu persembahan seperti membuat ‘storyboard’, latihan utama, aspek teknikal dan lain-lain lagi di bawah tunjuk ajar fasilitator kami iaitu Ayam Fared, Sudarshan Kumar dan saya sendiri. Ianya adalah proses yang menyeronokkan, bukan sahaja buat kanak-kanak dan remaja-remaja tersebut tetapi juga buat kami tenaga pengajar” ujar Fairuz lagi penuh bersemangat.

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil merupakan persembahan pertama daripada trio persembahan satelit YSDAF2016 yang dianjurkan di sekitar Lembah Klang, sebelum 2016 iaitu tahun festival. Pada bulan Oktober, kumpulan penari berwibawa daripada Fakulti Seni Tari Akademi Seni Kebangsaan dan Warisan Malaysia (ASWARA) akan menampilkan persembahan istimewa untuk YSDAF2016. Melengkapkan trio persembahan satelit ini, pada bulan Disember 2015, YSDAF bersama Joe Sidek Productions Sdn Bhd akan membawa Tropfest SEA. Festival filem ini akan menayangkan filem-filem terbaik yang pernah ditayangkan di Tropfest SEA.

Dianjurkan dua tahun sekali, YSDAF dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sime Darby dengan matlamat untuk menyediakan platform yang sesuai bagi penggiat seni negara terutamanya generasi muda untuk menampilkan bakat dan hasil kerja mereka. Selepas sambutan hangat yang diberikan kepada YSDAF pada tahun 2014 dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung, edisi kedua YSDAF ini bakal menampilkan pula hasil seni berkonsepkan pendidikan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia.

Disokong oleh Standard Chartered Bank Malaysia, Main Wayang: Hikayat Sang Kancil dijadualkan akan dipersembahkan pada 22 Ogos (Sabtu), 8.30 malam di Laman Standard Chartered Kuala Lumpur. Dengan lokasi yang sangat bersesuaian dan bertemankan cahaya bulan, ia sesungguhnya satu inisiatif yang memerlukan sokongan bukan sahaja pencinta seni negara tetapi juga khalayak umum. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada penonton. Kepada mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang seni persembahan ini, anda dijemput beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan Main Wayang: Hikayat Sang Kancil dan semaikan semula cinta terhadap seni budaya Malaysia.

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil
Tarik: 22 Ogos, 2015 (Sabtu)
Masa: 8.30pm
Lokasi: Laman Standard Chartered Kuala Lumpur (bertentangan Chanel KLCC – sila rujuk peta di dalam laman web)
#ysdaf #ysdafsatellite #hikayatsangkancil

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

WEB www.klpac.org/ysdartsfest
Instagram: www.instagram.com/ysdartsfest
Facebook: www.facebook.com/ysdartsfest
Youtube: www.youtube.com/user/ysdartsfest
Twitter: www.twitter.com/ysdartsfest
Hashtag: #ysdaf

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil Buka Tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil Buka Tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil Buka Tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby, or Sime Darby Foundation, was established in 1982 and is the primary driver of Sime Darby Berhad’s Corporate Social Responsibility initiatives.

The objectives of Yayasan Sime Darby are supported by its five pillars, namely: education; environment, community & health; youth & sports and arts & culture. While led by independent members of a Governing Council and managed by a dedicated team, Yayasan Sime Darby works closely with the Sime Darby Group, in areas of mutual interest.

Since its inception, Yayasan Sime Darby has awarded scholarships worth RM217 million to 2,519 students both in and outside Malaysia. It is supporting long term research projects of significant scientific value like the Stability of Altered Forest Ecosystems (SAFE) project which is the world’s largest ecological project, a joint effort with the Royal Society (The UK and Commonwealth Academy of Science). Yayasan Sime Darby is also actively involved in the development and improvements of sports in Malaysia namely track cycling, lawn bowling, cricket, tennis and golf. Under its community & health pillar, Yayasan Sime Darby supports initiatives to promote the well-being of disadvantaged people irrespective of race, culture, religion, creed or gender and works with established organisations to promote the development of arts and culture.

The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Opened in May 2005, klpac is Malaysia’s only fully-integrated performing arts centre. A non-profit organisation, it aims to nurture and develop the performing arts in Malaysia. Since its opening, klpac has housed over 400 performances, film screenings, art exhibitions and events. The Actors Studio Academy housed in klpac conducts a wide range of courses and runs a crucial community outreach programme. Other educational initiatives include the klpac Orchestra, klpac Symphonic Band, klpac String Ensemble, the Theatre for Young People (T4YP) programme and an Artist-in-Residence programme. Major events include the klpac Open Day, a free-of-charge arts festival for the public, as well as the SHORT+SWEET Malaysia festival. For more information, please visit www.klpac.org.

About Fairuz Sulaiman
Fairuz Sulaiman is a multimedia artist. With his background in Film & Animation, he is an active proponent of the indie music scene with his analogue and performative visuals. He has been involved in several international artist-in-residency and recently a part of Project Glocal in Taipei, supported by the Digital Art Foundation (DAF). He is also the co-director for DAM Interactive and co-creator for DAC Festival, a festival that showcases heritage and technology

About DAM Interactive
DAM Interactive is a Kuala Lumpur-based that works on commission projects and site specific art works that utilize video, moving images and architecture. We have worked on numerous stage designs,performances, art galleries, museums, festivals and event launches. Our works deal primarily with a combination of analogue and digital techniques.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Bakal Jayakan Konsert KU MOHON Tuhan Berikan Aku Cinta

Selebriti Popular di Anugerah Lawak Warna 2015