in

Review Hotel ANA Crowne Plaza Kyoto Jepun

Selain Tokyo dan Osaka, Kyoto juga merupakan salah satu kota di Jepun yang sangat terkenal di kalangan para pelancong. Ini kerana Kyoto kaya dengan pelbagai bangunan kebudayaan dan peninggalan sejarah purba Jepun. Maka tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat penginapan di kota yang sangat menarik ini.

Tersergam indah di Kyoto, hotel ANA Crowne Plaza Kyoto merupakan sebuah hotel perniagaan bertaraf dunia yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu rangkaian hotel terbesar di Jepun di bawah kumpulan ANA dan IHG, Crowne Plaza berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Review Hotel ANA Crowne Plaza Kyoto Jepun

Lokasi hotel ini di tengah-tengah pusat bandaraya Kyoto dan hotel ini terletak betul-betul di hadapan istana Nijo, salah satu tarikan utama yang memang sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung. Ia juga amat mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen subway Nijojo-Mae. Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen subway tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Perjalanannya tidak sampai dua minit! Lebih menarik lagi, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan bas percuma buat para tamu dari dan ke stesen keretapi utama JR Kyoto Station setiap 15 minit! Ini membuatkan hotel ini memang sesuai dijadikan tempat untuk bertemu dan bermesyuarat.

Dengan pelbagai bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan Istana Nijo dan persekitarannya dengan penuh gah. Ia mempunyai beberapa jenis bilik yang memenuhi kehendak setiap jenis tamu.

Crowne Plaza Kyoto juga mempunyai sebuah kolam renang, untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan lima buah tempat buat menjamu selera iaitu Karin sebuah restoran Cina, Unkai untuk mencuba sajian Jepun, Nijo untuk Tepanyaki serta Cozy dan Rose Room untuk sajian antarabangsa. Tidak lupa juga Castle Gate untuk menikmati minuman.

Ia juga mempunyai 10 bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama yang boleh memuatkan sehingga 700 orang untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Berdekatan dengan hotel ini juga adalah kawasan utama Kyoto untuk kemudahan para tamu yang ingin bersiar-siar mencuba makanan tempatan atau membeli barangan tertentu. Malah daerah Gion yang tersohor dengan gadis-gadis Geisha atau Maiko juga tidak jauh dari situ. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di ANA Crowne Plaza Hotel di Kyoto kerana ia benar-benar kemudahan yang senang dikecapi!

Kemudahan bermalam di ANA Crowne Plaza Kyoto!
oleh Shah Shamshiri

Review Hotel ANA Crowne Plaza Kyoto Jepun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai iM4U fm FUNtasi Untuk Realisasikan Impian Anda

Spotify Unveils Musical Map of the World