Tersergam indah di Jakarta, hotel Grand Sahid Jaya merupakan sebuah hotel mewah berbintang lima serta berjenama Indonesia yang bertaraf dunia. Ia merupakan salah satu hotel tertua di Jakarta dan menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu rangkaian hotel jenama tempatan yang popular di Indonesia, Grand Sahid Jaya berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.
Hotel ini telah lama membuka pintunya di Jakarta dan merupakan pilihan terulung bagi tempat pertemuan serta penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Indonesia ini. Sering menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling popular di Jakarta.
Lokasinya di tengah-tengah pusat bandaraya Jakarta dan hotel ini mudah ditujui kerana berada tidak terlalu jauh dari stesen busway utama .Terbukti, hotel ini memang sesuai dijadikan tempat untuk bertemu dan bermesyuarat. Dengan ratusan bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandaraya Jakarta dengan penuh gah.
Hotel ini mempunyai lebih 700 buah bilik yang luas termasuk aneka bilik suite yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Senireka dalaman serta hiasannya juga menerapkan beberapa unsur-unsur Indonesia seperti lukisan dan hiasan tempatan selain beberapa ciri moden kontemporari.
Selaras dengan tahapnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan khas internet wi-fi, TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti . Malah terdapat beberapa suite mewah untuk kleselesaan tamu.
Bagi tujuan menjamu selera pula, Grand Sahid Jaya menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Bengawan Solo yang menawarkan hidangan tradisional terbaik dari Indonesia.Tersedia juga restoran Jepun dan juga sebuah restoran utama iaitu Andrawina bagi tujuan sarapan dan makan tengah hari serta makan malam.
Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya. ia juga mempunyai sebuah spa untuk mereka yang ingin memanjakan diri.
Dengan infrastruktur terhebat dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Jakarta, bermalamlah di Grand Sahid Jaya di Jakarta kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!
Grand Sahid Jaya : Antara hotel tertua di Jakarta