in

Red Carpet Photo OSCARS 2010 82nd Annual Academy Awards

“…and the winner is …” atau “and the Oscar goes to …” sekali lagi berkumandang di Hollywood.

Yes, The 82nd Annual Academy Awards 2010 Oscars sedang berlangsung sekarang ini di Kodak Theatre, Hollywood, California. Bermula dengan acara red carpet yang memberi laluan kepada selebriti menayangkan fesyen terkini mereka.

Di ketika ini juga, Astro telah menganjurkan LIVE Screening The Oscars 2010  di layar lebar sebuah pawagam terkemuka negara. Siap disediakan breakfast dan lunch. Memang sangat selesa dan rasa lain dengan suasana menonton LIVE di skrin lebar di rumah. Apa yang penting, ianya rasa seperti menonton di Dewan Kodak Theatre kerana gambarnya nampak hidup di hadapan mata.

Nak tonton anugerah berprestij ini? Tonton Star Movies di saluran 413 Astro sekarang! Atau kalau tidak berpeluang, jangan lupa siaran ulangannya di saluran yang sama pada jam 8 malam ini. Acara bermula pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia.

Filem Avatar dah tentu banyak menang tahun ni, kan?

Keanu Reeves – tengoklah pada jambangnya… Huhu! So Abraham Linolns kan? Nampak hot & sesuai dengan gaya rambutnya. Tapi bagi Budiey, dia ni akan lebih hot kalau bercukur dengan lebih kemas! Pakaiannya… macam biasalah elegan! Love the fabrics!

Kate Winslet, dia ni pelakon kegemaran Budiey. Cantik menawan dan nampak stunning dengan gaun. Nampak lebih langsing, kemas &  tidak berserabut.

Sandra Bullock, nampak sangat menawan. Part atas memang cantik dan unik. Tapi terlalu banyak shimmering. Kalau fabriknya diperbuat daripada sutera mungkin lagi okay.

Jennifer Lopez. Budiey suka dengan potongan dress ini. But sorry to say, fabric nya macam kain langsir aje? Nampak macam gaun wedding pun ada!

Kristen Stewart sangat elegan bila dibungkus begini. Cantik dan sangat menggoda!

Meryl Streep, seorang ikon filem ini nampak cantik dengan gaun putih ini. Nampak lebih chicky tapi sesuai dengan usia beliau. Hot Grandma!

¯

Kesederhana Mariah Carey. Nampak lain dari apa yang Budiey jangkakan. Sebab biasanya, Mariah Carey akan pakai seseksi yang mungkin tapi kali ini, Mariah Carey tak nak banyak sangat menayang lemak selulitnya. Jadi gaun ni bagus sebab Mariah sekarang kan dah sedar diri dia tu dah nampak gemuk! Walaupun nampak simple aje, Budiey tak suka dengan potongan gaun ini!

Zack Efron – pakaiannya sangat bergaya. Tapi stail rambut cacak berserabut macam ni sangat tak digemari. Mungkin pada sesetengah orang nampak seksi. Apa-apa pun, tak menjejaskan kekacakan Zack Efron. Dalam High School Musical, Zack Efron nampak cute tapi rasanya sekarang ini tertinggal jauh dengan Clay Aiken. Taylor Swift lagi mantap kalau mengenakan pakaian yang sama.

Matt Damon bersama isterinya nampak sangat boring dengan pakaian ini. Sangat plain!

Demi Moore – so gorgeous! Walaupun dah berusia, tapi bila dah bergaya dengan gaun macam ni, Demi Moore nampak lebih muda.

Carey Mulligan nampak biasa-biasa saje. Sebenarnya, tak berapa suka tengok gaun hitam dalam majlis seprestij ini. Sorry!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti Niyang Rapik & Valentine’s Day

List Winners for the Oscars 2010 82nd Annual Academy Awards