Pelawak Abam (Bocey) menegaskan foto lelaki berbadan besar sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang tersebar bukan dirinya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, ia adalah satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.
Tengok gambar ni, tak sama langsung dengan Abam. Ishh!
“Orang buat cerita ni… Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan. Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu,” katanya kepada mStar Online.
Pada Khamis, foto seorang lelaki berbadan besar sedang bercumbuan telah tersebar di internet dan pelawak Abam dikaitkan sebagai individu berkenaan. Bagaimanapun foto tersebut telah dikaburkan pada bahagian wajah.
Sementara itu, Abam berharap, perkara itu tidak akan berulang lagi dan dia memohon pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak menyebarkan cerita sekiranya mereka tidak pasti kesahihan sesebuah berita.
“Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim. Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok,” tegasnya.