in

Ada Sebab Kami Kata ILHAM NASI KUKUS Paling Sedap

Sebelum ke Premiere With Budiey – MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION semalam, Ilham Nasi Kukus belanja kami makan malam. Terima kasih Boy! Follow IG @ilhamnasikukus

Kalau korang nak tahu, restoran Ilham Nasi Kukus ini hanya menyediakan nasi kukus lauk ayam berempah semata-mata. Kalau nak sedap lagi kena order air jagung special. Fuhlamak! Budiey dengar, permintaan untuk makan nasi kukus istimewa ini begitu menggalakan. Patutlah ramai selebriti yang datang makan kat restoran ni.

Budiey dah rasa semalam untuk kali pertama… Fuh, nasi kukusnya cukup original dengan rasa kuah dan juga ayam bersama sambal pedas manis di dalamnya. Kesedapan ditambah dengan beberapa cebisan nenas. Fuhhh! Kenyang menyandar sebab sedap sangat.

Menurut Boy, harga untuk satu bungkus Nasi Kukus ini hanya RM6.00 sahaja. Tambah dengan air tak sampai pum RM10. Berbaloikan untuk anda bebaris panjang dan nak makan satu-satunya nasi kukus yg lazat kat KL.

Pada yg nak dtg senang jer nak cari restoran Ilham Nasi Kukus ini korang cari sahaja surau Mutiara Damansara dan betul-betul depan surau tu restorannya. Kedai ni bukan dari pukul 11 pagi hingga 10 malam jadi boleh makan tghari atau malam kat sini. Apa lagi jom serbu Ilham Nasi Kukus Mutaiara Damansara ni. Selamat menjamu selera semua. Yummeh!

ILHAM NASI KUKUS
No7, Jalan PJU 7/16B, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya.

#throwback Sebelum ke Premiere With Budiey - MISSION: IMPOSSIBLE - ROGUE NATION semalam, Ilham Nasi Kukus belanja kami makan malam. Terima kasih Boy! Follow IG @ilhamnasikukus  Kalau korang nak tahu, restoran Ilham Nasi Kukus ini hanya menyediakan nasi ku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Samsung Announces the Slimmest Galaxy Device to-Date

Konsert Michael Learns To Rock di Malaysia Dilanjutkan Satu Hari