in

Cara Maria Tunku Sabri & Kellogg’s Gembirakan Anak Yatim

Kellogg’s telah mengeluarkan lapan (8) edisi khas resipi emping jagung Kellogg’s Corn Flakes yang boleh didapati di trak sampel di seluruh ibu kota sepanjang bulan Ramadan. Kellogg’s mengumpul sumbangan dari aktiviti tandatangan untuk menghantar ucapan Ramadan dan biskut daripada Kellogg’s ke rumah-rumah anak yatim.

Sokongan ini dihantar ke rumah-rumah anak yatim di sekitar kawasan Lemah Klang. Kakitangan Kellogg’s bersama Maria Tunku Sabri, pengacara TV popular yang menjadi sebahagian inisiatif ini, telah melawat ‘Pusat Jagaan Draudhatul Ikhwan’ untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bersama lebih 40 kanak-kanak dan kakitangan rumah anak yatim itu.

Mereka benar-benar teruja melihat kedatangan Maria dan trak sampel Kellogg’s berwarna-warni yang membawa biskut Kellogg’s Corn Flakes edisi terhad untuk mereka nikmati semasa berbuka puasa.

Usaha amal Kellogg’s menambah keceriaan kepada kanak-kanak pada bulan Ramadan ini. Tandatangan dikumpul daripada orang ramai untuk berkongsi rahmat dengan mereka yang kurang bernasib baik pada Bulan Mulia ini

Untuk menceriakan anak-anak yatim dan mengenali mereka secara lebih mesra, kakitangan Kellogg’s mengadakan pelbagai permainan untuk disertai bersama. Hari itu menjadi lebih menyeronokkan bila Kellogg’s mengejutkan mereka dengan sambutan hari jadi untuk anak-anak yang lahir pada bulan Julai.

Lawatan berakhir dengan pemberian hadiah perpisahan daripada Kellogg’s dan kenangan indah yang ditinggalkan untuk diabadikan dalam ingatan.

Ted Liang, pengarah pemasaran Kellogg Asia Marketing, berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai aktiviti tandatangan untuk menghantar biskut kepada mereka yang kurang bernasib baik semasa mengunjungi trak sampel kami, dan juga rakan kerjasama kami, Maria Tunku Sabri.

Bersama-sama, kita dapat memberi sumbangan yang bermakna ke dalam hidup mereka. Kami harap pengguna kami dapat mempelajari cara baru menggunakan Kellogg’s Corn Flakes di trak sampel kami, untuk sarapan dan juga untuk berbuka puasa.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

1H15 A Good Start With Positive Trend Moving Into Second Half 2015

The 2015 MTV Video Music Awards Nominations Revealed