Pemergian Datuk Siti Nurhaliza ke Tanah Suci ketika ini bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bagi menunaikan umrah, dalam masa yang sama turut membawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu isu mengenai pergolakan di dalam negara diselesaikan.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Siti telah berkongsi doa berikut untuk rakyat Malaysia dan tanpa menyebut mana-mana nama, Siti menyatakan harapan agar rakyat Malaysia dilindungi dari fitnah dan pembohongan.
“Ya Allah…kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta,” ucap Siti di laman Instagram miliknya. Doa yang dititip Siti adalah doa Nabi Muhammad SAW untuk pemimpin yang menzalimi rakyatnya.
Penyanyi nombor satu negara ini sebelum ini pernah meluahkan rasa kesalnya dengan kemelut yang melanda Tabung Haji dan 1MDB, juga melalui laman sosial Instagram.
Sumber Instagram Dato Siti Nurhaliza & Malaysian Digest