in ,

Apa Faedah Anda Dapat Selepas Guna U MicroCredit dari U Mobile

Orang lain guna iPhone 6, Budiey pun nak jugak merasa guna iPhone 6. Tapi bila fikir harganya yang sedia mahal tu dah makin naik ni. Jadi, nak cari celah mana duit sebanyak tu kan? Tambah-tambah zaman tengah gawat macam ni… nak raya lagi… kompem la nak pakai duit. Tapi hati tetap menjerit, nak beli, nak beli, nak beli iPhone 6.

Kalau beli dengan telco mesti terhad kepada pengguna postpaid je. Haa, mana aci?

u-mobile

Tapi apabila Budiey dah dengar U Mobile tengah offer skim ansuran iPhone 6, Budiey pun tak nak tunggu lama lagi. Terus sambar satu sebab Budiey rasa berbaloi. Murah sangat. Budiey hanya bayar RM98 sahaja sebulan. Dengan skim ansuran ini, kita tidak perlu membayar harga peranti apabila memilih pelan khusus iPhone dari U Mobile sama ada pelan pascabayar atau pelan prabayar.

Apa Faedah Anda Dapat Selepas Guna U MicroCredit dari U Mobile

Kalau nak kira, telefon pintar iPhone 6 dah masuk pasaran pada November 2014. Pada hari pelancaran pelan prabayar khusus untuk iPhone 6, Budiey terus ke U Mobile di Berjaya Times Square. Katanya, ini adalah julung-julung kali, U Mobile hadir dengan tawaran khusus untuk telefon pintar iPhone 6 termasuklah variasi iPhone 6 Plus, iPhone 5S dan iPhone 5C. Ya, betul ini adalah kali pertama tawaran seperti ini dilancarkan di Malaysia.

Malah, dikhabarkan Apple sendiri telah mengatakan bahawa pelan yang ditawarkan oleh U Mobile adalah pertama kali dalam sejarah Apple. Maknanya, tak pernah lagi iPhone 6 ditawarkan semurah ini.

Mesti ramai yang bertanyakan soalan, apa faedahnya menggunakan Umicrocredit dari U Mobile ni. Apa yang membuatkan Budiey berminat untuk mengambil pakej ini adalah kerana pelan ini tidak mengikat pelanggan dengan sebarang kontrak namun jumlah minima prabayar diperlukan untuk memastikan talian prabayar pelanggan kekal aktif pada setiap bulan.

Yang penting sekali, anda tak perlu ada kad kredit pun untuk membayar installment. Keduanya, anda tak perlu bayar jumlah yang tinggi untuk bayaran deposit sebab untuk apply ni anda tak perlu bayar deposit pun. Ini sudah tentu memberi kemudahan kepada golongan pelajar dan yang baru nak mulakan kerja. Maklumlah kebanyakan dari mereka mana ada kad kredit kan? So, senang je la nak dapatkan telefon pintar idaman mereka.

Apa Faedah Anda Dapat Selepas Guna U MicroCredit dari U Mobile

Apa yang kita perlu buat ialah kita hanya perlu membayar harga telefon iPhone 6, bayaran pendahuluan dan juga kredit tambah nilai pertama kali sebanyak RM150. Sebenarnya, bergantung kepada pelan yang dipilih, bayaran pendahuluan akan dipulangkan semula menerusi diskaun rebat setiap bulan kepada pengguna.

Secara keseluruhannya, terdapat empat variasi pelan prabayar untuk peranti iPhone dan pelanggan tidak terikat dengan kontrak pelan ini. Komitmen pelan prabayar terendah bermula dari RM 40 sebulan, dengan diskaun rebat RM10 dimana pelanggan prabayar U Mobile perlu mempunyai kredit sebanyak RM 30 setiap bulan untuk memastikan pelan mereka aktif. Namun pada pelan serendah ini, kuota data yang tersedia adalah sebanyak 1.5GB dan 40 minit panggilan percuma ke semua rangkaian diberikan secara percuma termasuklah 20 SMS. Wow ini satu menguntungkan!

Bagi variasi tertinggi untuk pelan prabayar peranti iPhone U Mobile, ia memerlukan pelanggan membayar komitmen RM 130 dengan diskaun rebat RM40 di mana pelanggan prabayar U Mobile perlu mempunyai kredit sebanyak RM 90 setiap bulan untuk memastikan pelan mereka boleh terus digunakan. Untuk pelan sebegini, tiada had untuk kuota data yang diberikan dan 130 minit panggilan percuma ke semua rangkaian diberikan secara percuma termasuklah 65 SMS.

Program U MicroCredit ini disediakan dengan kerjasama Berjaya Credit. Ia menawarkan pinjaman makro tanpa memerlukan kad kredit, cagaran atau wang pendahuluan semasa pendaftaran. Malah, pendaftaran boleh dibuat dalam talian melalui lamanweb, atau pergi sahaja ke mana-mana Stor U Mobile.

Apa Faedah Anda Dapat Selepas Guna U MicroCredit dari U Mobile

Dengan program ini, pengguna yang tidak memiliki kad kredit, boleh membeli iPhone secara ansuran bulanan.

Bagi yang berminat, program ini hanya memerlukan kad pengenalan, bukti pendapatan dan dua penama untuk rujukan. Dengan dokumen yang lengkap, U Mobile menjamin ia akan diproses dalam masa 2 jam dan kelulusan diumumkan.

U Microcredit menawarkan ansuran dengan pilihan 12, 24, 30 atau 33 bulan dengan kadar faedah serendah 0.84% sehingga 1.5% sebulan. Jadi, dengan serendah RM98 sebulan, pengguna boleh memiliki iPhone 6 dengan tawaran U Microcredit.

Bagi mendapatkan skim pembayaran ansuran ini, pelanggan perlu memohon sama ada melalui permohonan atas talian atau permohonan di cawangan U Mobile yang terpilih. Pengesahan akan diberikan dalam tempoh dua jam dan pelanggan kemudiannya boleh memilih tempoh pembayaran balik dan mengikut kadar faedah yang akan ditetapkan oleh U Mobile dengan kerjasama Berjaya Credit, bergantung kepada status kredit pemohon.

Seperti contoh, telefon iPhone 6 boleh dimiliki pada harga RM 98 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 0.86%, atau RM 106 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 1.20%. Terdapat empat pilihan tempoh bayaran ansuran iaitu selama 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan dan 33 bulan.

Dengan pilihan sebegini, sekiranya prosedur biasa memerlukan pelanggan untuk membayar harga yang tinggi apabila ingin memiliki peranti iPhone, kini pelanggan hanya perlu memilih pelan ansuran yang bersesuaian, apabila permohonan disahkan dari U Mobile.

Terdapat harga RM90 akan caj pengurusan disertakan pada bulan pertama. Dengan penawaran ini, ia semestinya menjadikan penawaran pelan prabayar iPhone dari U Mobile tampak lebih menarik dan mampu dimiliki oleh orang ramai.

Bagi yang berminat anda boleh mendaftar dalam talian atau melawat mana-mana stor U Mobile.

Untuk info lanjut, layari: http://www.u.com.my/umicrocredit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meriahnya Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang

Penyanyi Veteran Samsudin Lamin Meninggal Dunia