Sempena bulan Ramadan ini, jenama sos dan penambah perisa Mahsuri, membawa berita baik kepada mereka yang berbakat dalam masakan menerusi kempen terkininya, pertandingan ‘Masak dan Menang’ yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 8 Julai 2015.
Pertandingan ini mengundang mereka yang gemar memasak berkongsi gambar rekaan juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri berserta hashtag, #MyMahsuri dan #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam.
Setiap minggu, empat penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan selama enam minggu itu bakal menyaksikan 24 pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 yang pastinya memeriahkan lagi sambutan Hari Raya mereka.
Selain itu, pemenang akan merasakan Ramadan mereka lebih bermakna apabila bakal menerima undangan daripada Mahsuri untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga ke satu daripada empat pertubuhan kebajikan. Mahsuri juga akan mendermakan sos kepada setiap rumah kebajikan terbabit selain menaja hidangan berbuka puasa.
Pertubuhan kebajikan yang terbabit dalam pertandingan ‘Masak dan Menang’ ini adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri