Hari ini, rakyat Malaysia dapat menyaksikan evolusi MILO® yang terkini dengan produk baru MILO® Nutri G™, diadun sempurna dengan formula khas untuk menjana tenaga yang berterusan demi memacu rakyat Malaysia jauh lagi ke depan. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan MILO® Nutri G™.
MILO® Nutri G™ (Nutri singkatan untuk Nutrisi dan G ialah Grains atau bijian) ialah produk pertama di peringkat global yang mempunyai campuran unik empat bijian penuh – beras perang, gandum, oat dan barli, dan pada masa sama mengekalkan rasa coklat malt yang enak. R&D terkini memastikan ia memenuhi keperluan diet golongan dewasa muda yang sering terlepas waktu makan, menyebabkan mereka tidak ada banyak pilihan selain daripada memilih makanan yang mudah didapati tetapi tidak begitu berkhasiat.
MILO® MENGINOVASI DAN MEMACU BELIA MALAYSIA DENGAN NUTRI G™
Pengurus Eksekutif Minuman Nestlé, Jasmmine Wong berkata, “MILO® Nutri G™ bukan sekadar satu lagi minuman MILO® yang dipakejkan semula. Kami percaya bahawa selaku peneraju minuman coklat malt di dunia, kami perlu memahami perubahan dalam masyarakat yang menentukan keperluan pengguna, sebelum kami menawarkan apa yang benar-benar mereka mahukan. Sebab itulah kami amat mementingkan inovasi ini.”
Menurut satu kajian pada tahun 2014 yang dijalankan ke atas tenaga kerja di Malaysia, sebanyak 67% rakyat Malaysia mahukan keseimbangan kerja-kehidupan daripada gaji yang lebih tinggi. Sementara 37% di seluruh Asia Pasifik akan melepaskan peluang kenaikan gaji untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja sosial. Walau bagaimanapun, waktu kerja yang tidak menentu, tempoh perjalanan lebih lama dan waktu makan tidak tetap sudah menjadi senario biasa yang terpaksa dilalui oleh golongan muda di Malaysia setiap hari. Tekanan untuk menyempurnakan tugasan harian dan mengejar masa menyebabkan mereka mengambil keputusan yang kurang bijak dari segi pengambilan makanan. Bukan sahaja aspek nutrisi tidak diambil berat, malah mereka juga berasa kurang bertenaga secara fizikal dan emosi untuk melakukan aktiviti kegemaran di luar rutin kehidupan masing-masing.
“Kami percaya dalam memupuk cita-cita. Kami ingin memberi semangat kepada golongan belia supaya keluar dari zon selesa dan ingat bahawa tiada had untuk mengecapi impian dalam hidup ini. Untuk mencapai cita-cita, kita perlu mempunyai badan yang sihat,” jelas Jasmmine. “Kita tidak harus berkompromi dengan keperluan nutrisi dan tenaga hanya kerana kita sering sibuk. Keempat-empat bijian penuh, vitamin dan mineral sememangnya sangat bermanfaat untuk kehidupan yang sihat. Kombinasi bijian ini juga bertindak sebagai sumber tenaga yang terbaik. Jadi, kita boleh rasa kenyang, kekal aktif dan melangkah jauh setiap hari.”
Negara kita melihat begitu ramai golongan muda tempatan yang penuh inspirasi untuk meneruskan minat, mencapai impian dan cuba menyeimbangi aspek kerja-kehidupan dengan semangat. Sebab itulah Malaysia dipilih menjadi pasaran pertama di dunia untuk memperkenalkan MILO® Nutri G™.
Perenang kebangsaan, Khoo Cai Lin; pemenang Anugerah Media Usahawan Muda Kreatif, Fariz Hanapiah; penganalisis perniagaan, Shidah Mohd dan penganalisis kanan, Fuad Alhabsi merupakan antara bukti sebenar individu-individu yang meneruskan minat masing-masing selepas waktu kerja di pejabat. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, mereka bakal berkongi kisah kejayaan masing-masing dan sanggup berkorban demi mencapai impian yang lebih besar dalam hidup.
“Saya berpegang kepada motto sendiri; miliki nilai-nilai dan sikap yang betul, baru kita akan berjaya mencapai impian. Kita semua sebenarnya adalah juara. Jadi amat penting untuk memiliki set minda yang tidak mudah mengalah dan sentiasa percaya pada diri sendiri,” kata Khoo Cai Lin.
“Ramai anak muda yang aktif dalam aktiviti sukan atau beriadah. Maka amat penting buat mereka mengekalkan tahap tenaga yang sewajarnya. Pengambilan nutrisi yang betul boleh meningkatkan produktiviti sehingga 20 peratus. Jadi, apa yang dimakan oleh golongan dewasa memberi kesan kepada prestasi harian mereka,” kata Pengurus Pemankanan Nestlé, Cher Siew Wei. “MILO® Nutri G™ yang padat dengan kebaikan membuatkan kita tidak lagi lapar.”
“Kami sangat bangga untuk memperkenalkan satu inovasi yang membawa kita ke tahap baharu dalam sejarah evolusi MILO®. Majlis pada hari ini telah menetapkan satu penanda aras baharu buat kami. Apa yang lebih penting, kami mampu menawarkan MILO® Nutri G™ yang dihasilkan khas untuk Malaysia dan sesuai dihidangkan sejuk. Ia dilengkapi bersama kebaikan tenaga bijian penuh, rasa, nutrisi dan merupakan minuman yang cukup sesuai dengan cuaca tropika kita,” jelas Jasmmine.
MILO® Nutri G™ terdapat dalam botol bersaiz 190ml yang sedia untuk diminum. Ia boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak, pasaraya dan pasaraya hiper.