Seperti dijanjikan, sempena mengambil keberkatan penghulu segala hari, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Al-Manna telah pun melancarkan sebuah lagi single terbaru mereka berjudul AJARKAN AKU SETIA tepat jam 12 tengah malam 29 Mei 2015. Budiey nak ucapkan tahniah buat kumpulan nasyid yang dianggotai oleh empat orang anak muda yang sangat optimistik ini. Semoga dengan kelahiran single terbaru ini akan mengukuhkan lagi kumpulan nasyid untuk terus maju dalam industri nasyid.
Serentak dengan pelancaran ini, Al-Manna telah menyiarkan single yang dicipta oleh Ustaz Bazli dan lirik pula ditulis oleh Atie ini secara rasmi melalui saluran Youtube Al-Manna dan juga di fanpage Facebook Al-Manna. Anda boleh layari dan follow mereka di Facebook yang berkenaan.
AJARKAN AKU SETIA menampilkan seorang pendakwah terkemuka, Ustaz Elyas Ismail. Jika anda belum mengenali beliau… Ustaz Elyas Ismail merupakan seorang pendakwah bebas, juga seorang personaliti TV (Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz dan banyak lagi) seterusnya mengkolaborasikan beliau di dalam single ini. Lagu ini akan turut dimuatkan dalam album Ustaz Elyas Ismail yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Single berdurasi 5:09 ini mengisahkan tentang munajat cinta seorang hamba kepada Tuhannya. Dia meluahkan rasa cintanya di dalam munajat dan meluah rasa hatinya yang kadangkala merasa letih akan mehnah dan tribulasi duniawi yang membelenggu.
Semoga Al-Manna terus sukses dan lagu ini memberikan manfaat kepada semua agar tidak melupakan dan mengingati Tuhan Yang Maha Esa. Kepada Al-Manna, teruskan perjuangan korang! Padu!
LIRIK AJARKAN AKU SETIA.
Adakala aku tertanya
Tercari-cari bukti cinta
Yang ku kata untukMu saja
Tapi goyah bila tergoda
Selalu janji ku mungkiri
Cintaku bagai tiada erti
Sedang cintaku bukan palsu
Ku yakin Engkau Maha Tahu
Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk tetap setia
Walau ku sedarkan diriku
Takkan pernah kuat tanpaMu
Betapa Kau sangat ku perlu
Namun sering ku tinggalkanMu
Ketika segalanya indah
Ku lupa Kau selalu ada
Tapi bila resah menyinggah
Dan baru rinduku menjelma
Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia
Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh
Kadang cinta teguh di jiwa
Kadang hilang entah ke mana
Ajarkanlah aku untuk kekal setia
Saat hatiku mula rapuh
Saat tangisku mula luruh
Ku rayu agar Kau takkan pernah menjauh
Jangan Kau uji
Jangan Kau tinggal
Takkan ku mampu hidup tanpaMu
Akan ku cuba
Akan ku terus setia.
Lagu: Bazli UNIC
Lirik; Atie