in

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

ovie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia. Ia bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

Keraian berganda untuk BoBoiBoy. Satu lagi kejayaan tercatat dalam sejarah MAPS seiring dengan pengumuman kerjasama di antara MAPS dan siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.”

“Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean.

Berlangsung sejajar dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy di MAPS. Pada majlis tersebut, jemputan media turut dipertontonkan video dan ilustrasi seni tentang sedikit bayangan terhadap BoBoiBoy 4D Ride kelak.

Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D. Kokotiam Tok Aba juga antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di Kokotiam.

Rakyat Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi pertama Asia, MAPS.

Untuk keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com / Facebook www.facebook.com/mapsperak.

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

MAPS Mempersembahkan Kediaman BoBoiBoy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Umum Penurunan Harga Pelan PraBayar

Ini Alasan Almy Nadia Tak Mahu Dedah Gambar Anak