Maxis pada hari ini mengumumkan bahawa ia telah menurunkan harga bagi pelan tablet prabayar mulai 1 Mei.
Butir-butir penurunan harga adalah seperti berikut:
- Pek SIM Pelan Tablet Hotlink telah dikurangkan sebanyak 50%, dari RM60 ke RM30 dengan data PERCUMA sebanyak 1GB data yang sah untuk 365 hari, melalui rangkaian 4G LTE terpantas dan terluas.
- Untuk setiap penambahan data 1GB, pelanggan sedia ada dan baru hanya perlu membayar RM25 berbanding harga semasa sebanyak RM30.
- Untuk menikmati lebih nilai pada harga yang mampu dimiliki, Maxis telah memperkenalkan tambahan data sebanyak 2GB pada harga RM45.
“Pakej jalur lebar mampu dimiliki yang ditawarkan dengan pilihan untuk menambah data sebanyak 1GB pada hanya RM25, menyokong seruan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk akses yang lebih meluas kepada Internet. Dengan pelan tablet ini, anda akan menikmati pengalaman mudah alih yang hebat pada rangkaian 4G LTE kami yang terpantas dan terluas,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
NIKMATI NILAI LEBIH DENGAN KADAR JALUR LEBAR MAXIS YANG MAMPU DIMILIKI MELALUI RANGKAIAN 4G LTE TERPANTAS DAN TERLUAS
Pelanggan sedia ada pelan ini boleh terus menikmati perkhidmatan ini pada kadar yang dikurangkan. Pelanggan baru yang ingin melanggan pelan ini hanya perlu membeli satu pek SIM yang dibina khas di Pusat Maxis atau pengedar Hotlink yang terdekat. Sekarang, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menambah kuota 2GB untuk hanya RM45. Tawaran menarik yang memberi lebih nilai ini mempunyai tempoh sah selama 365 hari.
Maxis sentiasa berusaha untuk menawarkan kepada para pelanggannya pengalaman internet mudah alih yang terbaik dan terus membuat pelaburan yang signifikan untuk menaiktaraf rangkaiannya. Tahun lepas sahaja, RM1.1 bilion telah dibelanjakan untuk membina rangkaian Maxis yang baru, yang meliputi hampir tiga suku daripada penduduk dan menyediakan kualiti panggilan dan data yang lebih baik. Sesungguhnya jumlah ini adalah besar, tetapi Syarikat menyedari kepentingan dalam menyediakan akses yang lebih meluas kepada Internet melalui rangkaian yang unggul kepada orang ramai. Ini sudah tentu akan mengembangkan peluang ekonomi dan pendidikan untuk pengguna, terutamanya mereka yang berada di lokasi-lokasi yang terpencil.
Apabila pelanggan membeli dan mengaktifkan Pelan Tablet Hotlink, ia akan kekal aktif selama 365 hari walaupun kuota PERCUMA 1GB telah digunakan sepenuhnya. Kesahan kuota tambahan akan mengikuti tarikh akhir yang sedia ada terkini. Pelanggan tidak akan dikenakan caj sekiranya mereka telah melebihi kuota tetapi akan dapat terus mengakses Internet apabila pas baru dibeli. Pas Internet Tablet boleh dibeli melalui Hotlink RED App, yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Store. Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Tablet Hotlink, sila layari http://www.hotlink.com.my/en/plans/hotlink-tablet-plan.html.