11Street melancarkan pasaran dalam taliannya di Malaysia dengan disaksikan oleh Duta Republik Korea ke Malaysia, Cho Byungjae. Duta rasmi 11street, pelakon Korea Selatan, Lee Min Ho dan aktres Malaysia, Emily Chan turut hadir pada majlis pelancaran tersebut untuk bertemu serta berinteraksi dengan para peminat.
11street memperkenalkan pasaran dalam taliannya, www.11street.my sebagai e-mall terkini di Malaysia pada hari ini. Platform beli-belah dalam talian itu dilancarkan secara rasminya di pusat membeli-belah NU Sentral sambil disaksikan oleh Duta Republik Korea ke Malaysia, Cho Byungjae.
Mula ditubuhkan di Korea Selatan pada tahun 2008, 11Street telah berkembang menjadi salah satu pasaran e-dagang terkemuka global dengan 400,000 peniaga melayani kehendak lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia. 11street juga ada di Turki dan Indonesia, dikenali sebagai n11 dan elevenia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoseok Kim memberitahu pelancaran 11Street di Malaysia adalah aspirasi syarikat untuk menawarkan platform membeli-belah dalam talian yang mudah dan boleh dipercayai kepada para pengguna tempatan. Mereka kini boleh membeli pelbagai produk berkualiti pada harga yang cukup kompetitif.
11street menawarkan pilihan kategori produk yang luas seperti Fesyen, Elektronik, Barang-barang Runcit, Kesihatan dan Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Santai & Sukan, Rumah & Kediaman, Buku & Perkhidmatan serta e-baucar.
“Dengan kehadirannya yang kukuh di peringkat global, perbezaan utama 11Street adalah gabungan yang seimbang di antara jenama tempatan dan antarabangsa. Maka para pembeli boleh membeli produk-produk berkualiti bukan sahaja daripada penjual tempatan, malah peniaga yang boleh dipercayai dari seluruh dunia. Kami komited untuk menawarkan produk-produk terkini dan paling popular dari pasaran luar negara, terutama dari Korea dan negara-negara Barat yang lain. Ini bagi memperkayakan lagi pengalaman membeli-belah pengguna tempatan pada harga yang kompetitif.”
11street Tampil Berbeza Apabila Menawarkan Harga Kompetitif dan Pengalaman Membeli-belah Dalam Talian yang Boleh Dipercayai
“Di 11street, kami bekerjasama dengan para penjual untuk memberikan tawaran harga yang kompetitif demi manfaat pengguna di Malaysia. Kami faham bahawa pengguna tempatan kini agak tertekan berikutan peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Bagi memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang bebas tekanan pada harga lebih berpatutan, kami akan menjadi pasaran dalam talian pertama di Malaysia yang menawarkan jaminan harga terendah melalui seksyen ‘SHOKING DEAL’ (tawaran yang mengejutkan). Ia membolehkan pengguna tempatan untuk terus membeli-belah dan pada masa yang sama lebih menjimatkan wang. 11Street turut menyertakan sekali pengesahan tambahan demi memastikan keaslian semua produk adalah terjamin. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menjadi platform beli-belah dalam talian yang boleh dipercayai dan melindungi para pelanggan daripada terbeli barangan tiruan.”
Tumpuan Acara: 11street Namakan Lee Min Ho dan Emily Chan sebagai Duta di Malaysia
Pada majlis pelancaran tersebut, 11Street memperkenalkan dua orang duta rasminya, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho daripada siri televisyen popular “The Heirs” dan Emily Chan, pelakon filem tempatan yang dikenali melalui wataknya sebagai “Mimi” dalam filem “Kaki Kitai”.
“Lee Min Ho dan Emily Chan dipilih untuk menjadi wajah 11Street kerana kami percaya mereka berdua memang mewakili sasaran audien kami. Penampilan mereka yang ceria, menyenangkan dan mudah didekati akan membuatkan para pelanggan lebih dekat dengan jenama kami.”
“Pelantikan dua orang duta jenama yang khusus bagi pasaran Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen kami untuk menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang memuaskan dan menyeronokkan.”
Kedua-dua orang personaliti itu hadir pada acara tersebut untuk berinteraksi dengan orang ramai dan para peminat. Lee yang sememangnya sangat diminati oleh peminat wanita turut menandatangani autograf untuk beberapa orang pemenang peraduan yang bertuah.
“Selaku pusat beli-belah dalam talian yang terbaru, kami mampu menjadikan 11Street sebagai pasaran dalam talian yang bercita rasa tempatan, hasil daripada pengalaman luas dan pengetahuan yang diperolehi daripada kerjasama-kerjasama e-dagang dan operasi di Korea, demi memberikan tawaran-tawaran terhebat serta promosi eksklusif kepada pengguna Malaysia.”
11street di Malaysia dihoskan oleh Celcom Planet Sdn Bhd (Celcom Planet) yang ditubuhkan pada November 2014. Celcom Planet merupakan usaha sama di antara Celcom Axiata Berhad dan peneraju pasaran e-dagang dalam talian di Korea, SK Planet Ltd. Celcom Planet bertanggungjawab melancarkan portal perkhidmatan jual beli dalam talian pertamanya di pasaran Malaysia.
Kenyataan tambahan daripada Celcom Axiata Berhad
“Dengan memanfaatkan platform dan kepakaran operasi yang dimiliki oleh 11Street, digabungkan pula bersama pengalaman serta pengetahuan Celcom mengenai pelanggan, kami yakin bahawa kolaborasi ini akan membuahkan hasil kerana ia sememangnya membuktikan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman digital pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Dato’ Sri Shazalli Ramly.
Kenyataan tambahan daripada SK Planet Ltd.
“Kami sangat teruja dan gembira dengan pelancaran 11street di Malaysia. Dengan rekod kami yang sudah terbukti dalam perniagaan e-dagang di Korea, Turki dan Indonesia, kami tidak sabar untuk menawarkan platform membeli-belah yang menarik dan unik secara optimum kepada pengguna tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SK Planet, Jinwoo So.
Mengenai 11street (www.11street.my)
11street merupakan pasaran dalam talian yang mudah dan boleh dipercayai. Ia menawarkan pelbagai jenis produk pada harga yang kompetitif. Portal ini cuba untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian di kalangan pengguna pada hari ini dengan menjadikannya lebih personal dan terhubung. 11street menawarkan pilihan kategori produk yang luas merangkumi Fesyen, Elektronik, Barang-barang Runcit, Kesihatan dan Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Santai & Sukan, Rumah & Kediaman, Buku & Perkhidmatan serta e-baucar. 11street juga mengoptimumkan pasaran kerana ekosistem perdagangan, pendidikan dan program latihannya mampu menyokong para peniaga tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea Selatan pada tahun 2008, 11Street kini merupakan salah satu pasaran e-dagang terkemuka global dengan 400,000 peniaga melayani kehendak lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia. 11street juga ada di Turki dan Indonesia, dikenali sebagai n11 dan elevenia. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.11street.my