Menurut sumber portal Mstar Online, pelakon Amar Asyraf memberitahu cara dia mengawal sikap boros adalah dengan menyerahkan semua wang hasil pendapatan setiap bulan kepada isterinya.
Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 29, berkata, perkara tersebut dibuat bagi mengelakkan dia menghabiskan wang kepada sesuatu yang tidak penting.
“Saya serahkan semua duit pendapatan bulanan kepada isteri untuk dia uruskan perbelanjaan setiap bulan dan saya hanya minta duit poket RM50 setiap hari. Dengan cara itu duit saya lebih terkawal dan tahu ke mana perginya. Saya seorang yang boros dan senang berbelanja dengan perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya kepada mStar Online selepas majlis Santai Bersama Bintang Anugerah Tribute P.Ramlee, di Paradigm Mall, Ahad.
Amar mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Amar Taufiq pada 9 Julai 2014.
Dalam pada itu, Amar menolak persepsi negatif segelintir masyarakat yang menganggap amalan tersebut sebagai ‘queen control’ atau dikawal isteri.
Tambahnya, sejak mempraktikkan amalan itu, dia lebih banyak berjimat dan secara tidak langsung dapat berhenti daripada tabiat merokok.
“Itu bukan queen control, sejak saya lakukan amalan itu banyak dapat menyimpan untuk masa sesak terutama bila ada anak ni. Malah, saya pun sudah tidak merokok seperti dulu lagi, saya sedar merokok pun sebenarnya salah satu pembaziran,” ujarnya.
Kata Amar, sejak dikurniakan cahaya mata dia lebih mengutamakan perbelanjaan anaknya berbanding keperluan sendiri.
Sumber: Mstar Online