Seperti peluru ditembak masuk ke tempurung kepala! Pastinya ramai peminat kipas susah mati Fynn Jamal berderau darah apabila bekas ahli kumpulan VE, Damian memuat naik tweet sebegitu.
Melalui tweet Damian yang berbunyi:
Maaf, jujut saya cakap. Fynn Jamal tak boleh menyanyi. Tolong jangan menyanyi lagi.
Dalam satu portal, pengarang tersebut ada memberikan komen tentang mutu persembahan vokal Fynn Jamal:
Kami sudah cakap, suara Fynn Jamal out! Tapi masih ramai yang puji melangit suara penyanyi ini. Namun begitu, melalui kemaskini yang lain, Damian berkata
Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan. Tahniah Damian kerana bertindak berani. Buat apa mengampu ke arah kemunduran, sekurang-kurangnya mengampulah ke arah kemajuan!
Apa pendapat anda?