Begitu pun dalam drama bertajuk “Adelia” mengisi slot Citra di TV2 yang bakal ditayangkan pada 24 Mac ini, pukul 10.00 malam, sisi berbeza pelakon cantik ini ditonjolkan menjadi anggota polis yang menyiasat misteri pembunuhan seorang wanita.
Drama turut menampilkan pelakon Farahdhiya, Shahrolnizam, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim ini mengisahkan pertengkaran berlaku di antara Adelia dan Faris di tempat letak kereta pusat membeli belah. Azril datang meluru ke arah Adelia. Faris mengugut mereka akan membalas dendam terhadap apa yang telah di lakukan oleh Adelia. Faris terus beredar dari situ apabila diberi amaran oleh seorang pengawal keselamatan.
Di dalam kereta Azril bertanyakan Adelia kenapa Faris bertindak demikian. Adelia tidak mahu lagi bercerita mengenai kisah lamanya kepada Azril. Adelia mula merajuk apabila Azril semakin mendesak.
Satu hari Adelia meminta Azril pergi membeli makanan. Azril keluar sendirian. Sewaktu Adelia tinggal seorang diri di rumah, dia telah diserang oleh seorang lelaki. Mulutnya diterkup sehingga dia tidak boleh menjerit. Adelia cuba melawan lelaki tersebut tetapi dia tidak berdaya melawan. Kepala Adelia telah di hantuk ke dinding beberapa kali. Adelia meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.
Polis menyiasat keadaan rumah Azril. Pegawai forensik pula sedang meneleti cap jari yang terdapat di kawasan rumah itu. Polis juga menjumpai clip tie berhampiran dengan mayat Adelia. Inspektor Yasmin mengarahkan agar Azril ditahan reman bagi membantu siasatan.
Berdasarkan keterangan Azril, Inspektor Yasmin dan pasukannya telah menahan Faris di pejabat Faris. Faris terkejut apabila dia mengetahui Adelia telah mati dibunuh. Faris telah ditahan dan disoal siasat. Faris tidak mengaku salah. Inspektor Ziana membidas jawapan Faris kerana berdasarkan siasatan pihak polis Faris seorang suka berfoya-foya pada tiap-tiap malam.
Dr. Hasmi terbaca mengenai kes pembunuhan Adelia melalui surat khabar. Dr. Hasmi kenal Adelia dan Azril. Pemeriksaan mayat Adelia telah dilakukan oleh pakar forensik. Mereka menemui cap jari Faris di dalam rumah berkenaan dan juga pada clip tie. Apabila disoal siasat oleh Inspektor Yasmin, Faris menceritakan memang dia ada pergi ke rumah Adelia semasa Azril tak ada di rumah dan mengakui mereka mempunyai hubungan sulit.
Inspektor Yasmin berang dengan kenyataan Faris kerana dia memburukan Adelia. Inspektor Yasmin mendesak Faris bercerita mengapa dia bergaduh dengan Adelia pada petang sebelum kejadian itu. Faris memberitahu dia dan Adelia sebenarnya ialah pasangan kekasih sebelum Adelia berkahwin dengan Azril. Walau bagaimanapun perhubungan mereka tetap terjalin setelah Adelia berkahwin secara sulit.
Punca pergaduhan itu berlaku kerana Adelia telah menipunya. Adelia telah menukar nama tanah pusaka milik arwah ibu Faris kepada nama Adelia tanpa pengetahuan Faris. Adelia pandai membuat tipu helah. Pada petang sebelum kejadian itu Faris cuba mengugut Adelia sekiranya dia tidak pulangkan kembali tanah itu dia akan memberitahu segala-galanya tentang mereka kepada Azril.
Berita mengenai perbicaraan kes pembunuhan Adelia telah di siarkan di surat khabar. Dr. Hasmi terbaca berita tersebut di hospital ketika waktu rehat. Dia merupakan seorang pakar psikiatrik yang pernah merawat Azril. Namun demikian sudah hampir setahun Azril tidak datang menerima rawatan. Dr. Hasmi memberitahu bahawa ketika Azril berumur dalam belasan tahun, dia pernah cuba membunuh ibunya apabila dia mengetahui ibunya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Selepas kejadian itu ada beberapa kali dia berjumpa dengannya untuk menerima rawatan tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri.
Inspektor Ziana pergi ke rumah Azril dan menyoal siasat Azril bertanyakan ke mana dia pergi ketika malam kejadian itu. Azril memberitahu dia pergi membeli makanan di sebuah kedai makan yang selalu mereka kunjungi berhampiran dengan rumahnya.
Inspektor Yasmin terus pergi ke kedai makan itu dan bertanya dengan pemilik kedai itu pada malam kejadian pukul berapa Azril datang ke kedai itu membeli makanan. Pemilik kedai berkata dia telah menelefon dahulu pada pukul 9 malam untuk menempah makanan kerana selalunya dia akan berbuat demikian. Dan lebih kurang dalam masa sejam baru datang dia mengambil makanan itu.
Inspektor Yasmin telah mengesyaki sesuatu. Mengapa hampir sejam baru Azril mengambil makanan tersebut sedangkan perjalanan dari rumahnya ke kedai makan itu hanya mengambil masa lapan minit sahaja. Azril di tahan sekali lagi. Kali ini dia terus di bawa ke hospital. Namum selepas pemeriksaan dilakukan oleh Dr. Hasmi, Azril didapati masih waras. Justeru siapakah suspek sebenar pembunuh Adelia? Adakah Faris cuba mengelirukan polis untuk mengesyaki Azril yang ‘sakit’ demi kepentingan dirinya sendiri?