in , ,

Girls Generation & Shinee Perform di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

Pengumuman pembatalan konsert lagenda Rock Amerika, Lenny Kravitz yang sepatutnya berlangsung di Helipad, Sepang pada 29 Mac ini nyata mengejutkan ramai peminat.

Ia sekaligus menimbulkan sikit rasa gusar dan bimbang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selaku penganjur kerana konsert tersebut merupakan kemuncak kepada acara berprestij perlumbaan Formula 1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 dan sememangnya, persembahan daripada penghibur terkenal itu ditunggu ramai.

Namun begitu, bagi tidak mahu mengecewakan pengunjung serta peminat acara sukan pemotoran bertaraf dunia itu, SIC secara ekslusif menerbangkan khas dari Korea, dua kumpulan Kpop berpengaruh besar iaitu lapan gadis cantik lagi seksi yang menggelarkan diri sebagai kumpulan Girls Generation (GG) dan lima jejaka tampan yang menamakan kumpuan mereka sebagai Shinee.

Girls Generation & Shinee Perform di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

Bagi Shinee, ia boleh dikira kali pertama mereka mengadakan konsert besar di negara ini selepas sebelum ini beberapa kali perlaksanaan konsert mereka batal di saat akhir. Sementara GG sudah beberapa kali diundang dan membuat persembahan konsert di sini.

Sepang International Circuit (SIC) today announced that one of South Korea’s hottest pop groups, Girls’ Generation will be performing at the post-race concert for the 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™ on 29 March 2015. This follows the announcement by American rocker Lenny Kravitz who recently cancelled his tour in Asia, including the scheduled performance in Sepang. The concert, to be held at the Helipad in the Sepang Circuit has also been brought forward to an earlier time slot. Gates will now open at 4.30pm, with the main act set to perform at 5.30pm and concert ending at 8.00pm.

Keputusan pihak penganjur menghadirkan dua kumpulan ini untuk parti-pasca F1 kali ini nyata memberi kejutan dan berita gembira kepada ramai peminat muzik Kpop tempatan malah peminat luar negara.

Mana tidaknya, dengan harga tiket serendah RM80 penonton berpeluang menyaksikan perlumbaan F1 dan kemudian boleh berhibur di konsert pula sejurus selepas tamat perlumbaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali, jualan tiket cukup memberangsangkan sejurus selepas diumum dua kumpulan ini yang menggantikan Lennny Kravitz dan bakal menjayakan konsert pada hujung bulan ini.

“Konsert ini sebenarnya acara sampingan kerana yang lebih penting adalah perlumbaan F1 yang masuk edisi ke-16. Tapi sebenarnya selepas pengumuman pembatalan Lenny Kravitz, pihak kami bimbang dan sebetulnya agak terdesak kerana hanya dalam masa dua minggu saja lagi untuk mencari siapa artis yang layak untuk menggantikan Kravitz kerana F1 adalam acara bertaraf dunia. Jadi artis yang membuat persembahan juga kita perlu pastikan yang benar-benar sesuai.

“SIC tidak punya perancangan untuk membawakan artis K-pop, namun atas cadangan agen kami di Amerika Syarikat yang mencadangkan Girls Generation, jadi kami terima. Selang sehari selepas itu, mereka mencadangkan satu lagi kumpulan iaitu Shinee.

Girls Generation & Shinee Perform di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

“Sebelum ini SIC pernah menampilkan penghibur antarabangsa, Rain, pada tahun 2011 dan ini boleh kira kali kedua artis K-pop beraksi di konsert pasca F1. Sewaktu itu, sambutannya menggalakkan tetapi tidaklah sehangat seperti sambutan kali ini yang mana sejak sehari selepas pengumuman dibuat, jualan tiket melonjak. Ia satu petanda baik untuk penganjuran tahun ini,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Bagaimanapun, di sebalik keterujaan peminat dengan berita ini juga keberanian penganjur mengundang dua kumpulan tersebut, timbul juga kebimbangan beberapa pihak mempersoalkan sejauh mana pihak penganjur memastikan konsert tersebut tidak tercetusnya sebarang insiden atau kontroversi.

Maklum sajalah, sebelum ini pernah tercetus isu dan kontroversi mengaitkan beberapa konsert K-pop di negara ini. Antara perkara yang berbangkit seperti gara-gara isu imej serta pemakaian yang seksi juga beberapa insiden yang melibatkan sensitif sehinggakan ada pihak pernah menyuarakan persembahan semua artis K-pop di Malaysia diharamkan.

Mengulas mengenai perkara itu, Razlan berkata, pihaknya peka akan hal berkenaan malahan sejak sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga memastikan tiada sebarang kontroversi.

“Tentang hal itu, kita peka dan sebolehnya tidak mahu timbul apa-apa isu. Kita juga faham, disebabkan sebelum ini pernah tercetus beberapa kontroversi yang melibatkan persembahan artis K-pop, pasti ada pihak yang mungkin sengaja mahu mencetuskan berita negatif tetapi, harapnya tidak.

“Sebaik mendapat lesen kebenaran daripada PUSPAL untuk kedua kumpulan ini membuat persembahan, awal-awal lagi pihak kita telah memaklumkan mengenai kriteria seperti dari segi pemakaian dan peraturan yang wajib dipatuhi terutama kepada kumpulan Girls Generation dari segi imej dan pemakaian. Saya yakin, tidak ada kontroversi.

“Pihak kami juga akan mendapat kerjasama dengan beberapa pihak berwajib seperti Polis dan Majlis Pembandaran Sepang untuk mengawal keaadaan sepanjang berlangsungnya konsert nanti,” jelasnya yang turut menyatakan sasaran pengunjung selama tiga hari kali ini dijangka mencecah lebih 100,000 pengunjung.

Girls Generation popular menerusi lagu seperti Mr. Mr., The Boys, I Got A Boy, Gee, Hoot dan banyak lagi. Kumpulan ini juga sering terpalit dengan pelbagai kontroversi seperi masalah disiplin, hubungan sulit dan terkini, salah seorang anggotanya, Tiffany dikecam gara-gara imej separuh bogel sewaktu sesi fotografi untuk iklan jam tangan Casio.

Kumpulan Shinee pula antara kumpulan yang mempunya kelompk peminat yang ramai di negara ini. Dianggotai Onew, Jonghyun, Key, Minho dan Taemin antara lagu popular mereka seperti Everybody, Lucifer, Replay, Hello dan Sherlock.

Bertemakan ‘Experience F1 Like Never Before’, acara perlumbaan edisi ke-17 pada tahun ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga serta pelbagai lapisan usia. Litar Sepang akan bertukar menjadi tapak hiburan raksasa dikenali sebagai ‘F1 Carnival’ ketika F1 2015 dari 27 hingga 29 Mac ini.

Girls Generation & Shinee Perform di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

Antara acara yang menghiasi Karnival F1 ialah XTrack-drifting, go-kart untuk kanak-kanak dan dewasa, sukan air, zon karnival untuk keluarga, ferris wheel, rumah hantu dan tempat menjamu selera.

Sementara itu, persembahan pada acara malam gala F1 yang belangsung pada 26 Mac ini bakal menampilkan Ratu Jazz, Sheila Majid dan kumpulan lagenda Amerika, The Jackson yang akan menghiburkan tetamu yang dijangka akan hadir seramai 600 orang terdiri daripada kerabat Diraja, golongan VVIP dan VIP, selebriti dan personaliti daripada pelbagai bidangan dan lapangan seperti bidang muzik, filem dan fesyen dalam dan luar negara.

Tiket-tiket F1 pula dijual dengan harga mulai serendah RM80. Juga ditawarkan tiket berharga RM340 hingg RM1,770 untuk tempat duduk di pentas utama (main grandstand), manakala tiket berharga RM440 untuk tempat duduk di menara, RM280 hingg RM660 di Grandstand F dan K1 dan tiket RM80 hingga RM160 di bukit.

Maklumat lanjut layari http://www.sepangcircuit.com/[email protected] atau hubungi hotline SIC, 03-8778 2222.anakala tiket-tiket F1 pula dijual dengan harga mulai serendah RM80. Juga ditawarkan tiket berharga RM340 hingg RM1,770 untuk tempat duduk di pentas utama (main grandstand), manakala tiket berharga RM440 untuk tempat duduk di menara, RM280 hingg RM660 di Grandstand F dan K1 dan tiket RM80 hingga RM160 di bukit. Sumber: MalaysianDigest

Girls Generation & Shinee Perform di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Antara Tegar & Arif Dollah Siapa Yang Benar?

Gambar Baby Diana Amir KHAULAH AL AZWAR Yang Comel