in ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem Seram JENGKA

Dah lama kita tak tonton filem Melayu beramai-ramai together-gather di dalam sebuah panggung kan? Okay, hari ini, tup tup… Budiey ada tawaran daripada Abang Aziz M. Osman untuk berkongsi khabar dan menjemput korang semua Budieyators di luar sana untuk menonton sebuah filem seram thriller terbaru Aziz M. Osman berjudul JENGKA. Filem ini diedarkan oleh SKOP PRODUCTION.

Kepada yang rindu dengan garapan terbaru Abang Aziz M. Osman (sebelum ini melonjak nama dengan filem XX Ray, Fenomena) dan pengarah Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman, Budiey rasa inilah satu-satunya peluang untuk korang semua. Maklumlah, dah lama kan kita tak tonton filem arahan beliau. Rindu ke idoook?

Filem ini dilakonkan oleh bintang utama iaitu Riezman Khuzaimi dan Ramona Zamzam. Selain Riezman Khuzaimi dan Ramona Zamzam, filem yang padat dengan aksi seram drama dan thriller ini menampilkan pelakon handalan seperti Eyka Farhana dan Raja Azrey serta ramai lagi. Filem berdurasi 87 minit ini diklasifikasikan dalam kategori P13.

Jadi, ini hadiah istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Jika korang semua ada masa dan ruang untuk temujanji kita di Tayangan Premiere JENGKA bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas, haa… bolehlah join peraduan kat bawah ni. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan?

Jadi, ini satu-satunya peluang untuk pembaca semua menonton #Jengka sebelum ianya dibawa ke pawagam. Kalau nak tahu, filem JENGKA akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 26 Mac 2015. Tengok pada trailer kat atas ni, filem ni memang menyeramkan, apa pendapat korang?

Filem JENGKA

Sinopsis Filem JENGKA

Filem seram Jengka mengisahkan tentang Nina yang keguguran semasa melarikan diri di ladang kelapa sawit.Namun sesuatu terjadi apabila bayinya dikatakan masih hidup dan dilarikan oleh penunggu. Orang kampung berusaha membantu mencari Nina dan anaknya, namun perkara seram terjadi sepanjang pencarian mereka.

A Malay horror film based on a true story about a pregnant lady who lost her unborn child while she was attempting to escape by running through the oil palm estate. After a group of people found her unconscious in the estate, she seemed to be possessed by something and weird things started happening. The baby was said to still be alive but unseen.

Peraduan Tayangan Premiere Filem JENGKA

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Ace Motion Pictures Sdn Bhd ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

25 Mac 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

Cathay, E@curve, Mutiara Damansara

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JENGKA – Budiey.com di Cathay, E@curve, Mutiara Damansara. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Jengka

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/Jengka & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu menonton filem #Jengka kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem Jengka

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem Jengka kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem Seram JENGKA

Tarikh tutup peraduan:

23 Mac 2015 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Ace Motion Pictures Sdn Bhd dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Mac 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/Jengka dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel Budiey.com : www.youtube.com/user/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Filem JENGKA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA 2015 Asean International Film Festival & Awards

Teaser Call Me Baby dari EXO Jadi Trending di Youtube Malaysia