in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Jayakan MUZIKA NUSANTARA di Istana Budaya

Penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza antara penyanyi yang akan menjayakan persembahan MUZIKA NUSANTARA yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2015 jam 8.30 malam.

Selain Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi lain yang akan buat persembahan ialah Krisdayanti, Tegar, Rafli Kande dan Dwen.

Konsert Muzikal Nusantara ini menampilkan gabungan budaya di antara dua negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia yang akan mempersembahkan konsep tarian dan nyanyian yang berdurasi selama 2 jam. Konsert ini bakal menyajikan keindahan dan kekayaan warisan nenek moyang dalam Kepulauan Melayu yang penuh dengan warna-warni serta memperlihatkan perkongsian dalam konteks serumpun Melayu.

Konsert julung kali ini adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertemakan Senada Dalam Seni

Tiket-tiket berharga RM 53, RM 73, RM 103, RM 153, RM 203, RM 253, RM 303 boleh dibeli di Laman www.redtix.asia.com

MUZIKA NUSANTARA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamarul Hisham & Diana Rafar Sah Bercerai Talak Satu

Al-Manna & Ustaz Elyas Ismail Bergabung Dalam Lagu AJARKAN AKU SETIA